[Wajib baca!] Jenis dan cara lukis Trendlines

504

Trendlines seperti yang korang tahu ia merupakan bentuk analisis teknikal yang paling biasa digunakan dalam trading forex dan ia selalu digunakan berdasarkan support dan resistance.

Mesti korang tertanya-tanya ade beza ke trendlines dengan support and resistance?

Trendlines ni kalau di lukis dengan betul ia boleh menjadi setup mapping yang accurate, sama macam teknik teknik lain tau!

Tapi sayang, kebanyakkan trader forex tak melukisnya dengan betul

So, jom kita kenali trendlines tu apa..

Sebelum tu korang kene faham yang trendlines ni dilukis berdasarkan support and resistance, tapi support and resistance pula adalah puncak dan palung yaitu paras harga tertinggi dan terendah.

Jenis – Jenis Trendlines

Secara asasnya trendline terdiri daripada uptrend (aliran menaik) dan downtrend (aliran menurun) dan juga Sideways trend

Uptrend line dikenali sebagai garis aliran menaik, ia dilukis di sepanjang bahagian bawah kawasan support atau paras harga rendah. Manakala Downtrend line dikenali sebagai garis aliran menurun. Downtrend line dilukis di sepanjang bahagian atas kawasan resistance atau paras harga tertinggi.

Bagaimana nak Lukis Trendlines?

Seperti yang saya beritahu diatas tak semua trader tahu cara lukis dan gunakan trendlines dengan betul.

Oleh itu, untuk melukis trendlines, anda perlu pilih di bahagian tools, dan click pada draw trendline. Seterusnya, anda hanya perlu mencari dua bahagian resistance atau support dan sambungkannya.

Mudahkan?

Nak tahu lebih lanjut? tentang pelbagai teknik dalam pelaburan SAHAM ataupun OPTION? terdapat seminar kursus untuk anda memulakan perdagangan. Kelas 100% PERCUMA diberi kepada pelabur baru, hanya dengan mendaftar di www.goldensop.com

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin