Bagaimana keadaan pasaran ketika Spinning Tops Candlestick berlaku ?
Spinning Top adalah sebuah Reversal Candlestick pattern yang berbentuk body nya (badan) yang kecil manakala shadow (sumbu) ekornya panjang di bahagian atas dan bawah (samada candle buyer/seller).
Terbahagi kepada 2 jenis iaitu bullish spinning top dan bearish spinning top
Pattern ini menunjukkan keadaan tindak balas antara buyer & seller yang tidak mencapai keputusan dagangan yang dipersetujui pada sesuatu tempoh itu dan ini menyebabkan arah pergerakan pasaran tidak dapat ditentukan.
Apabila spinning top terbentuk ketika pasaran uptrend, biasanya menunjukkkan buyer semakin kekurangan dan kemungkinan berlakunya perubahan arah ke downtrend.
Manakala, apabila spinning top terjadi ketika pasaran downtrend, itu menunjukkan tidak ramai sellers menguasai pasaran dan kemungkinan berlakunya perubahan arah ke uptrend.
Dapat sesuatu?
PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!
Penafian: Penulisan sumber dari Intraday
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis: Farah Firoz