Asyik MC sebab Leverage Tinggi? Apa itu Leverage?

378

Amacam asyik MC je sebab Leverage tinggi? 

Macam mana nak trade Forex kalau perkara asas yang wajib tahu, anda belum ketahui.

Jadi hari ini saya nak terangkan kepada anda Apa itu Leverage.

Leverage pada asalnya adalah sistem di mana pedagang dapat mengambil posisi yang jauh lebih besar daripada mereka yang dapat buka dengan modal sendiri.

Dalam kata lain, leverage ialah pinjaman daripada pihak broker kepada trader untuk memulakan perniagaan dalam forex. Dengan adanya leverage, trader mampu trade dengan bermodalkan serendah 10 USD sahaja!

Best kan? Bukan Orang kaya sahaja boleh melabur, tetapi semua orang pun boleh dengan adanya Leverage…

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu juga bagaimana leverage ini berfungsi dan akaun yang mana sesuai untuk modal anda.

Sebagai contoh, leverage 1:100 (1% dari modal). Nisbah itu menunjukkan margin atau downpayment deposit yang broker kenakan manakala selebihnya broker dahulukan (pinjam).

Maksudnya, sekiranya anda ingin trade dalam akaun anda dengan bermodalkan 100,000 USD, broker memerlukan deposit 1000 USD daripada anda untuk membuka akaun itu.

Ini bermakna anda mampu membuat pinjaman dagangan 100 kali ganda daripada modal anda (1000 x100=100,000).

Namun bergitu, sekiranya silap menggunakan leverage boleh membawa padah pada akaun trading anda.

Nak faham leverage kena faham satu ni dulu. Untuk anda masuk trading dan buka 1 lot, modal yang diperlukan adalah $100,000. Kalau tak ada capital $100k anda x boleh buka 1.0. Tengok contoh di bawah.

Tanpa leverage:

Tanpa bantuan leverage oleh broker, lot boleh dibuka berdasarkan modal equity anda:

Modal​Max lot boleh buka​Nilai​
$100,000​1.0​$10 per pip​
$10,000​0.1​$1 per pip​
$1,000​0.01​$0.10 per pip​

Berdasar table di atas, tanpa leverage – untuk buka lot 0.01 anda perlukan minimum modal $1,000.

Leverage 1:10:

Jika anda guna leverage 1:10 yang ditawarkan broker, lot boleh buka berdasarkan modal equity anda:

Modal​Max lot boleh buka​Nilai​
$100,000​10.0​$100 per pip​
$10,000​1.0​$10 per pip​
$1,000​0.1​$1 per pip​
$100​0.01​$0.10 per pip​

Berdasar table di atas, dengan leverage 1:10 – untuk buka lot 0.01 anda perlukan minimum modal $100.

Leverage 1:100:

Jika anda guna leverage 1:100 yang ditawarkan broker, lot boleh buka berdasarkan modal equity anda:

Modal​Max lot boleh buka​Nilai​
$100,000​100.0​$1,000 per pip​
$10,000​10.0​$100 per pip​
$1,000​1.0​$10 per pip​
$100​0.1​$1 per pip​
$10​0.01​$0.10 per pip​

Berdasar table di atas, dengan leverage 1:100 – untuk buka lot 0.01 anda perlukan minimum modal $10.

Begitulah seterusnya….

Kesimpulannya, semakin besar leverage yang anda ambil, semakin besar juga lot maksimum anda boleh buka. Mesti hati-hati dengan penggunaan leverage ini. Semakin besar lot anda gunakan semakin berisiko akaun anda dan boleh menyebabkan modal cepat hangus. Trade lah dengan berhati-hati dan berhemah. Pilih leverage yang sedikit dan buka lot yang berpatutan dengan modal anda.

Cadangan saya, leverage 1:100 sudah memadai. Setiap entry untuk modal $1,000 hanya buka 0.1. Jika modal $100 buka hanya 0.01.

Dapat Sesuatu?

Semoga bermanfaat.

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz