SINGKIRKAN BLACKROCK? KESAN PADA EKONOMI NEGARA

49

Tahukah anda, Malaysia telah menjadi salah satu negara Asia yang mempunyai peningkatan ekonomi yang hebat ekoran perkongsian dan pelaburan asing dari negara-negara luar. Negara ini mula menarik minat pelabur luar bermula era 1990-an dalam sektor teknologi tinggi dan elektronik. Malaysia berhasrat untuk menjadi hab teknologi sejak tertubuhnya Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996.

Namun, konflik perang yang semakin parah antara Israel-Hamas sejak Oktober 2023 yang telah mengorbankan lebih 37,000 rakyat Gaza telah menjadikan syarikat yang diberi nama Blackrock tersenarai dalam syarikat-syarikat yang perlu diboikot. Siapakah Blackrock?

Blackrock adalah salah satu firma pelaburan terbesar dunia yang beroperasi di kebanyakan negara termasuk Malaysia yang menguruskan produk kewangan termasuk pengurusan dana bersama, ETF (Exchange Traded Funds) dan perkhidmatan pelaburan alternatif. Data pada April 2024, Blackrock mencatatkan aset bersih kira-kira RM1.14 billion terutamanya melalui pelaburan iShares MSCI Malaysia ETF.

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu bertindak ke atas mana-mana syarikat asing yang didakwa mempunyai kaitan sokongannya dengan Israel, kerana langkah itu dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi negara.

“Tapi saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara. Kalau syarikat itu syarikat dari Israel saya tetap tegas (tak benarkan operasi di Malaysia). Itu Yang saya nak jelaskan,” katanya semasa ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Tun Abdul Razak.

Penafian: Sumber daripada Intraday Malaysia, Sinar Harian

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis : Muhammad Rafie

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper

https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1