MALAYSIA SERTAI BRICS?

51

Apakah itu BRICS? De-dollarization? Pertama kali dengar? BRICS yang merupakan akronim daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan adalah gagasan yang diwujudkan pada tahun 2006 bermatlamatkan untuk menyatukan negara-negara membangun sekali gus memberi saingan kepada kuasa politik dan ekonomi Barat.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyatakan kesediaan untuk menyertai kumpulan BRICS sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Malaysia yang merupakan sebuah negara kecil bakal meraih banyak manfaat terutama sekali dalam peningkatan ekonomi serta industri perdagangan.

Antara negara anggota dalam BRICS ini ialah Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Kumpulan ini kini mempunyai populasi gabungan kira-kira 3.5 bilion, atau 45 peratus penduduk dunia. Jika digabungkan, ekonomi ahli BRICS bernilai lebih AS$28.5 trilion iaitu kira-kira 28 peratus daripada ekonomi global. Dengan Iran, Arab Saudi dan UAE sebagai ahli, negara-negara BRICS mengeluarkan kira-kira 44 peratus daripada minyak mentah dunia.

Negara-negara BRICS ini juga menubuhkan Bank Pembangunan Baharu untuk meminjamkan wang bagi meningkatkan infrastruktur. Pertambahan ahli BRICS pada masa akan datang yang melibatkan negara-negara gergasi ekonomi dunia mampu meningkatkan lagi perdagangan antara satu sama lain dan menarik pelaburan dari rakan sekutu.

Adakah BRICS berpengaruh terhadap Bitcoin (BTC)? Rusia memberikan jaminan bahawa BRICS akan membangunkan mata wang disokong emas di mana ia dapat meneruskan usaha de-dollarization yang digubal oleh kumpulan ini tahun lalu. Difahamkan, nilai dolar AS akan terus berkurang manakala BTC pula berpotensi melambung tinggi apabila polemik mengenai mata wang BRICS ini dibincangkan masyarakat.

Penafian: Sumber daripada Intraday Malaysia, Sinar Harian Malaysia

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis : Muhammad Rafie

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1