Kenali dan Cintai Margin anda

484

Jika anda tahu risiko dan juga pengiraan yang betul, anda pasti nampak lebih jelas risiko yang anda sedang atau akan hadapi.

Jom kenali dan cinta margin anda!

Apakah Margin?

Dalam kewangan, margin ialah cagaran yang perlu didepositkan oleh pelabur dengan broker atau pertukaran mereka untuk menampung risiko kredit yang ditimbulkan oleh pemegang untuk broker atau bursa

Margin merujuk kepada jumlah ekuiti yang dimiliki pelabur dalam akaun pembrokeran mereka.

Tak faham? nak contoh?

Okay jom kita tengok situasi ni,

Katakan anda mahu membeli kasut baru. Kos untuk membeli kasut tersebut adalah RM70. Maka, RM 70 tersebut jika dalam trading. Itulah margin yang diperlukan untuk membuka sesuatu trade.

Margin akan dikaitan dengan leverage. Berlainan leverage, maka berlainan margin yang yang akan digunakan.

Margin = leverage x current price x saiz lot.

Sebelum anda mulakan trading…

Sila pastikan anda tahu margin anda yang digunakan serta risiko yang anda akan ambil.

Contoh pengiraan Margin

Jika anda mempunyai $1000 didalam akaun trading anda, dan leverage yang anda gunakan adalah 1:500, pair yang digunakan adalah GBPUSD (katakan harga semasa 1.42200), pengiraannya adalah seperti ini:

GBPUSD = 1.42200 (harga semasa) x 0.1 lot (10,000) x 100,000 / 500 (leverage)

Margin = $28.44 adalah margin yg digunakan.

Jika gunakan leverage 1:200

GBPUSD = 1.42200 (harga semasa) x 0.1 lot (10,000) x 100,000 / 200 (leverage)

Margin= $71 adalah margin yg digunakan.

Jadi pastikan anda tahu pengiraan margin sebelum membuat order dan menentukan saiz lot. Ianya amat penting bagi memastikan anda tidak menggunakan “overload lot size” dan mengelakkan margin call dalam sekelip mata.

Apa itu Margin Level?

Tahap margin (Margin Level) — menunjukkan pengaruh kedudukan yang dibuka pada masa ini pada akaun trading. Jika margin level jatuh kepada 100%, pelabur tidak boleh membuka sebarang posisi baru, sehingga mereka meningkatkan margin level  mereka dengan menutup kedudukan atau menambah baki.

Sebagai contoh, garis merah menunjukkan margin level 50%: jika ia dicapai, kedudukan yang dibuka akan ditutup secara automatik.

Margin level adalah berkaitan dengan Margin Call dan Stop Out. Ramai yang tahu apa itu margin call tapi tak paham apa maksud sebenar margin call dan Stop out.

Pernah dengar trader trader baru sebut “MC”? “lepas depo MC lagi”

Itulah Margin call…

Apa itu Margin Call?

Panggilan margin (Margin Call) apabila margin level trader jatuh di bawah 100%, broker memulakan prosedur yang dikenali sebagai panggilan margin (Margin Call). Sekiranya terdapat margin call, pelabur dikehendaki sama ada mendepositkan lebih banyak wang ke dalam akaunnya atau menutup kedudukan kerugian. Jika margin level jatuh di bawah 50%, kedudukan yang hilang akan ditutup secara paksa oleh syarikat.

Apa itu Stop out?

Berhenti keluar (Stop out) ialah peristiwa yang berlaku apabila ekuiti trading tidak mencukupi untuk mengekalkan kedudukan terbuka, oleh itu ia ditutup secara paksa oleh broker.

Sebagai contoh untuk bagi korang faham..

broker memberikan Stop Out level 30%.

Stop out 30% bermaksud jika nilai margin yang digunakan adalah bersamaan dengan 30%, position anda akan ditutup secara automatik (force close) disebabkan oleh margin yang anda masih ada sudah tidak mencukupi untuk menampung liquidity market.

Contoh pengiraan

seperti pengiraan margin diatas, margin yang digunakan adalah $28.44, jadi anda akan mengalami stop out selepas atau pada 30% dari nilai $28.44 iaitu pada nilai margin masih tinggal $8.53.

Kurang jelas?

Jom kita trade smart di www.goldensop.com. Kelas 100% Percuma diberikan kepada pelabur baru dan terdapat juga seminar kursus untuk anda memulakan perdagangan. Dan ianya adalah PERCUMA!!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom daftar di www.goldensop.com.

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin