Kenapa Semua Bank Berebut Nak Simpan Emas?
Sejak dari dulu lagi, emas terus menjadi pilihan bank pusat di seluruh dunia sebagai aset untuk dijadikan simpanan. Fenomena ini menimbulkan persolan: mengapa emas yang menjadi pilihan utama untuk pelaburan dan rizab negara?
Berikut adalah beberapa sebab utama yang mendorong trend ini.
Kestabilan Nilai Ketika Krisis
Krisis ekonomi boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja malah sudah banyak yang melanda dunia.
Sementara nilai mata wang terus naik dan jatuh tanpa sebarang amaran setiap hari, emas kekal sebagai salah satu aset yang paling selamat di tengah ketidakstabilan global.
Dalam situasi seperti krisis geopolitik, pandemik, atau ketidakstabilan pasaran, emas tidak hanya mengekalkan nilainya tetapi sering kali meningkat.
Ini menjadikan emas sebagai “safe haven” yang ideal ketika mata wang flat dan pasaran kewangan lain berdepan kemerosotan.
Oleh itu, bank pusat, seperti dalam kes krisis Rusia dan pelbagai konflik global, menjadikan emas sebagai sandaran nilai yang stabil untuk dijadikan sebagai satu simpanan.
Diversifikasi Rizab
Emas dijadikan sebagai satu alat untuk mempelbagaikan portfolio aset bank pusat disebabkan oleh harganya yang tidak mengikuti corak yang sama seperti mata wang.
Dalam situasi yang tidak menetu, emas menyediakan keseimbangan dalam rizab, melindungi nilai aset negara daripada turun naik mata wang.
Kebergantungan bank pusat kepada dolar AS atau mata wang tunggal lain boleh membawa risiko besar ketika mata wang tersebut mengalami inflasi.
Negara-negara seperti China, India dan Turki kini semakin giat membeli emas untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS dan euro.
Oleh itu, mempelbagaikan rizab dengan emas merupakan satu langkah yang bijak untuk mengukuhkan nilai aset.
Emas Tidak Berisiko Bankrap
Berbanding dengan mata wang atau bon, emas tidak mempunyai risiko “default” di mana adalah terlalu rendah peratusan untuk emas menjadi tidak bernilai.
Ini menjadikannya aset yang sangat dipercayai oleh bank pusat, terutamanya semasa menghadapi ketidakstabilan kewangan.
Dalam keadaan krisis, emas boleh dijual atau ditukar dengan mudah, memberikan kecairan segera kepada negara untuk memenuhi keperluan ekonomi yang mendesak.
Rekod Pembelian Emas
2022 mencatatkan pembelian emas oleh bank pusat sebanyak 1,082 tan, jumlah tertinggi yang pernah direkodkan.
Ini menandakan satu perubahan ketara dalam strategi ekonomi global, di mana lebih banyak negara memilih emas sebagai langkah perlindungan ekonomi jangka panjang.
Negara-negara seperti Rusia, China dan India menjadi antara pembeli terbesar emas, mengurangkan pegangan bon AS dan meningkatkan simpanan emas mereka.
Emas bukan sahaja menjadi simbol kekayaan, tetapi juga pelindung ekonomi di tengah situasi dunia yang semakin tidak menentu.
Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam
Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1