Nak Kaya? Follow 5 Level ini!

320

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera FREEDOM TRADERS!
 

Kan AA SuperScalper pernah cakap “NAK LAHIRKAN FREEDOM TRADER!”
 

Macam mana nak jadikan anda FREEDOM TRADERS  kalau anda sendiri tak nak lalui PROCESS! 

Jom saya share kat anda 5 Tahap Financial Freedom yang anda kena lalui untuk anda jadi FREEDOM TRADER.

Sebelum tu, di manakah tahap kewangan anda sekarang?  OK ke KO tu?
 

OK Tapa Slow2, Trust the Process.. 
Jom saya share, ikut jer…

                                     


Tahap #1 – Financial instability

  • Tahap pertama ni golongan yang mempunyai masalah cashflow iaitu negative Cashflow, dimana Pendapatan < Perbelanjaan.
  • Da la ada masalah Cashflow, boleh pulak Golongan lebih mengutamakan gaya dan kemewahan, walaupun hakikatnya tidak mampu lagi dan lebih teruk suka buat hutang-hutang jahat seperti kad kredit dan personal loan.
  • Sudahlah pendapatan tidak mencukupi, aset tidak dapat dibina, hutang pula keliling-pinggang.

Saya sarankan Mulakan dengan berjimat dulu!

Tahap #2 – Financial stability/sufficiency

  • Golongan ini boleh dikatakan menghabiskan semua pendapatan yang diperoleh tuk menampung semua perbelanjaan…  Pendapatan = Perbelanjaan
  • Jika ada hutang pun, hutang-hutang cukup-cukup bayar jer
  • Tidak terbeban dgan hutang, Tiada simpanan dibuat, Tiada aset dibina, jika ada pun, jumlahnya adalah sedikit.

Mulakan Menyimpan sekarang kalau anda di tahap ni!

Tahap #3 – Financial security

  • Golongan ini pula mempunyai pengurusan kewangan yang baik.
  • Pendapatan diagihkan sebaik-baiknya untuk simpanan, perbelanjaan, perlindungan dan pelaburan. Ada Simpanan asas mencecah 3 ke 6 bulan pendapatan sebagai dana rizab, lebihan simpanan dilaburkan sebaik-baiknya ke dalam peluang pelaburan terbaik yang mereka pilih untuk memantapkan kedudukan kewangan mereka.
  • Dari semasa ke semasa, simpanan dan aset sentiasa ditambah,  hidup di bawah kemampuan dan sentiasa ikut bajet yang dibuat supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan.
  • Hutang-hutang pula diambil untuk perkara-perkara penting sahaja dan dikawal pada paras minimum, antara 30% ke 50% sahaja daripada pendapatan.

Tahniah, kalau anda berada pada tahap ni, Tapi jangan Selesa!

Tahap #4 – Financial freedom

  • Golongan ni mengawal pendapatan yang diperoleh supaya simpanan, perbelanjaan, perlindungan dan pelaburan boleh dilakukan dengan baik.
  • Mereka juga mempunyai simpanan asas sebagai dana rizab, dan menambah aset dari semasa ke semasa.
  • Mereka juga mungkin mempunyai hutang, tpi tuk yg penting je dan terkawal.
  • Bezanya, pendapatan yang mereka peroleh adalah daripada pendapatan pasif, sama ada daripada sistem bisnes atau pelaburan yang mereka lakukan.
  • Manakala golongan pada tahap ketiga bergantung kepada pendapatan aktif, sama ada daripada kerjaya atau perniagaan mereka.
  • Kiranya, mereka yang mencapai financial freedom mampu menampung keperluan hidup mereka walaupun tidak bekerja kerana pendapatan pasif mereka adalah mencukupi.

Tahap #5 – Financial wealth

  • Golongan ini berada pada tahap teratas. Tidak mempunyai sebarang masalah dengan duit, kecuali satu sahaja.
  • Masalah mereka adalah duit yang terlalu banyak.
  • Golongan ini mempunyai duit yang banyak hasil daripada pendapatan aktif dan pasif, yang mana mereka gunakan untuk berbelanja ke mana sahaja yang mereka kehendaki.
  • Mereka mempunyai simpanan yang banyak, dan jumlah aset yang menjana pendapatan yang stabil untuk mereka.
  • Mereka boleh hidup mewah dengan pendapatan yang diperoleh, bukan setakat menampung keperluan asas sahaja.
  • Senang kata, mereka adalah orang kaya!

Di Mana Tahap Kewangan Anda?

Anda masih terkial-kial di tahap pertama? Stabil di tahap kedua? Selesa di tahap ketiga? Bebas di tahap keempat? Atau mewah di tahap kelima?
 

Dimana pun Level Anda Sekarang, Ingat anda semua layak berjaya jadi Freedom Trader suatu Hari nanti!

Semoga Maju Jaya

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Jom Urus Duit

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz