Bebas Kewangan Cara AA SuperScalper!

397

Hye FREEDOM TRADERS!

Cakap je pasal FREEDOM TRADER mesti semua orang nak capai FREEDOM betul tak?

Siapa yang kenal AA SuperScalper mesti pernah dengar Vision AA… “NAK LAHIRKAN FREEDOM TRADER!

Jadi apa maksud FREEDOM TRADER yang AA maksud kan? Apa itu Freedom itu sendiri dan bagaimana untuk capainya?

Ok mari, hari ni saya nak share kat anda Tips capai Financial Freedom dalam masa 5 Tahun Cara AA yang anda kena lalui untuk anda jadi FREEDOM TRADER!

Tapi sebelum tu anda kena faham dulu, Financial Freedom mempunyai nombor ajaib yang berbeza untuk kita semua kerana nombor ajaib itu dicapai apabila pendapatan pasif = perbelanjaan bulanan anda.

Cth jika perbelanjaan bulanan anda (sewa rumah, bil telefon, utiliti dll) ialah RM 5,000, Financial Freedom bermakna anda mempunyai pendapatan RM 5 000+ yang masuk setiap bulan tanpa anda perlu bekerja 9-5 untuk wang tersebut atau dalam kata lain PASSIVE INCOME!

Da faham secara asasnya, jom saya share 5 langkah untuk Capainya pula!

Ikut jer…

TAHUN #1 Automate kan 10% daripada Income masuk dalam simpanan

  • Transfer sebanyak 10% daripada pendapatan bulanan anda dari main akaun ke akaun simpanan anda (Tabung Haji, ASB dan etc) secara automatik.
  • Saya sarankan buka akaun yang bagi anda dividen. 

Jom saya bagi anda exercise…. Cuba Kira…

Jika 10% daripada pendapatan kasar bulanan anda RM2500 ialah RM250 maka selepas 5 Tahun termasuk Dividen da berapa?

Haah da nampak kan The Power of Compounding…

Ok jom ke langkah Seterusnya!

TAHUN #2: Bina Tabung Kecemasan untuk 6 bulan perbelanjaan

  • Pada tahun pertama, anda menguasai cara menyimpan 10% daripada pendapatan anda secara automatik.
  • Sekarang tahun 2, bina tabung kecemasan perbelanjaan 6 bulan.
  • Contoh; Jika jumlah perbelanjaan bulanan anda ialah RM2000, usahakan untuk mengetepikan RM12,000 dalam akaun yang anda tidak akan sentuh. Wang ini akan berguna jika anda pernah mengalami kecemasan seperti time PKP atau jika berlakunya kebakaran, kereta rosak mahupun untuk tujuan perubatan. 

Selepas selesai di tahap ini jangan pula anda rasa selesa, sebab masih ingat lagi kan Vision kita? NAK JADI FREEDOM TRADER!!

TAHUN #3: Bina Side Income Untuk Lonjakkan Pendapatan Anda

  • Terdapat begitu banyak idea untuk menambah lebih daripada satu aliran pendapatan. (Cth: Business, Agent Hartanah dan etc)
  • Di SuperScalper sendiri anda boleh menguasai Ilmu Technical Analysis dan jadi Trader.
  • Anda juga boleh jana side Income dengan menjadi Affiliate SuperScalper di ultimate.superscalper.com

Best kan kalau anda dapat bagi duit lebih kat mak,ayah, Isteri mahupun boleh bawa mereka pergi umrah dan Haji..

Tapi ingat jangan Overspend! Sekarang adalah waktu Crucial untuk anda jadi FREEDOM TRADER dan bagi keluarga anda kehidupan yang lebih baik tanpa tengok harga.

Lagi best kan???  Jom ke langkah seterusnya..

TAHUN #4: Laburkan Growing Portion of Profit Anda

  • Terdapat banyak cara anda boleh melaburkan keuntungan anda yang semakin meningkat untuk gandakan wang anda  ( Cth : Saham , Pembelian tanah , Hartanah dan etc)

TAHUN 5: Biarkan Money Habit Anda ini mencipta FREEDOM 

  • Haah step ini lebih penting, iaitu kekal berdisiplin dan konsisten melakukan tugasan mudah ini.

Mudah jer kan? Semoga Bermanfaat

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Investment and Beyond

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz