NEGARA PALING TINGGI KADAR INFLASI. ADAKAH MALAYSIA TERSENARAI?

234

Kalau anda perasan, sejak covid melanda seluruh dunia pada tahun 2020. Tambah pula dengan arahan berkurung di serata dunia dan penutupan sempadan, telah membataskan pergerakkan ekonomi.

Dunia telah mengalami gangguan bekalan makanan kerana pandemik Covid-19 yang berlaku hampir dua tahun. Tapi, pada Ogos 2021, kebanyakan negara kembali membuka ekonomi untuk pulihkan perdagangan antara negara.

Namun, pada Feb 2022, berlaku pula perang antara Rusia dan Ukraine. Akibatnya, berlakulah krisis tenaga kerana kedua-dua negara ini adalah pengeluar tenaga dan makanan yang menguasai dunia. Yang mana, menyumbang 33% bekalan makanan dunia.

Rusia merupakan pembekal gas untuk negara di benua eropah. Manakala, Ukraine pula pengeluar makanan asas seperti minyak bunga matahari dan gandum terbesar di dunia.

Perang antara dua negara ini telah menyebabkan ketidakstabilan dalam ekonomi dunia. Krisis yang berlaku menyebabkan harga minyak dan gas melambung tinggi dan harga barangan lain turut melonjak.

Pada masa sama, kebanyakan Bank Pusat juga telah menaikkan kadar OPR untuk turunkan kadar inflasi. Dimana, menurut Bank of International Settlements, 33 daripada 38 Bank Pusat telah menaikkan kadar OPR masing-masing. OPR dijangka terus naik hingga tahun 2023 ini.

Antara negara yang terjejas teruk adalah negara-negara miskin di benua Eropah. Tambah lagi, negara yang paling tinggi kadar inflasi adalah Zimbabwe dan Lebanon. Manakala, negara yang terendah inflasinya adalah Macau, Oman dan China.

Berdasarkan kajian yang dibuat. Masalah inflasi mungkin ambil masa 3 tahun untuk pulih & dijangka berakhir pada tahun 2025. Tahun 2023 mungkin akan jadi tahun yang penuh dengan cabaran ekonomi.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Inflasi Malaysia dijangka perlahan pada tahun akan datang jika bekalan makanan bertambah baik.  Ada kemungkinan harga makanan dan tenaga akan menurun atau gaji akan berkembang lebih perlahan daripada yang diramalkan.

Namun begitu, inflasi keseluruhan mungkin menurun lebih cepat daripada kadar kenaikan gaji pada 2023, apabila harga komoditi menjadi reda dan kesesakan bekalan berkurangan.

Jadi, apa persediaan dan pelan anda dalam meghadapi inflasi ini?

Penafian: Penulisan sumber dari

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL