KISAH WANITA MELAYU PERTAMA DALAM BROKER SAHAM

235

Selalu bercerita pasal tokoh saham je mesti dari kalangan lelaki. Kan?

Tahu tak, pengasas bersama Kenanga Investment Bank Berhad, Tengku Dato’ Paduka Noor Zakiah Tengku Ismail?

Beliau merupakan wanita melayu pertama yang terlibat dalam saham (stockbroker)

Beliau lahir pada tahun 1926, di Kuala Krai, Kelantan dan merupakan kerabat diraja Kelantan. Beliau adalah Broker saham wanita pertama yang diterima oleh Bursa Malaysia Securities dan ahli wanita pertama di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Tengku mula meniaga sejak kecil. Walaupun keturunan kerabat, namun hidup beliau bukanlah seindah yang disangka. Hidup pada Perang Dunia Kedua bukanlah suatu perkara yang mudah.

Sejak umur 7 tahun, beliau sudah menunjukkan minat terhadap dunia keusahawanan. Beliau mengambil upah menjahit pakaian dan menjual bunga KENANGA yang didapati di estet ayahnya.

Tengku juga sangat meminati fesyen. Beliau merupakan pemotong kain yang terlatih, pelukis dan tukang jahit. Beliau gemar mereka bentuk barangan kemas dan batu permata berharga.

Pada tahun 1960-an, beliau membuka perniagaan kedai pakaiannya yang dipanggil Silver & Silk. Tapi apabila mengenali dunia broker saham, aktiviti fesyen dan perhiasan cuma sekadar hobi saja.

Kisah bermula bila seorang rakan brokernya membantu untuk membeli saham Esso dan Shell di Bursa Saham Malaya. Beliau mengumpulkan konsortium dengan 6 rakan kongsi. Beliau juga berunding dengan Bank Negara Malaysia dan membuat permohonan untuk pembelian firma broker tersebut pada 1963.

Enam bulan kemudian, permohonan itu diluluskan dan beliau mendapat lesen broker. Ini menjadikan beliau sebagai rakan kongsi wanita melayu pertama dalam firma pembrokeran saham, Hallam & Co pada tahun 1964 sehingga 1971.

Cap jari beliau dicetak di bursa. Menjadikan beliau broker saham wanita bumiputra pertama di Malaysia, yang diiktiraf sebagai ahli wanita pertama yang diterima oleh Bursa Malaysia Securities Bhd.

Kemudian, pada tahun 70-an, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba  telah memperkenalkan Tengku Noor Zakiah kepada Tuan Haji Kamaruddin Taha. Mereka kemudiannya mengasaskan K & N Kenanga Sdn. Bhd pada tahun 1973.

Matlamat mereka ketika itu ialah untuk menjadikan Kenanga sebagai sebuah bank pelaburan terkemuka di Malaysia.

Tuan Haji Kamaruddin Taha banyak membantu beliau menguruskan dan mengembangkan K & N Kenanga Sdn. Bhd. Pada masa itu, beliau mempunyai pejabat yang kecil sahaja, sekitar 20 kakitangan dengan 7 remisier.

Selama bertahun-tahun Tengku Dato’ Paduka Noor Zakiah menguruskan pejabatnya di Bank Negara.  Dibantu oleh seorang pelatih muda yang baru habis belajar dari Universiti Malaya.

Pelatih muda itu kemudiannya menjadi ahli Parlimen wanita paling lama berkhidmat (1978-2013), Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (1987-2008), iaitu wanita besi yang mesra dikenali sebagai Rafidah Aziz.

Sangat mencabar untuk mendapatkan lesen pembrokeran saham ketika negara dalam tempoh masih baru lagi mencapai kemerdekaan. Tambah pula ketika itu, dunia pelaburan saham merupakan suatu perkara yang asing untuk wanita.

Berkat kesabaran dan kegigihan untuk berkembang, hari ini, Kenanga merupakan bank pelaburan milik persendirian terbesar di Malaysia.

Penafian: Penulisan sumber dari

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL