BAGAIMANA NAK SENTIASA BERMOTIVASI DALAM TRADING?

276

Manusia biasa takkan lari dari rasa penat dan letih. Ada masa rasa bersemangat sangat, ada masa energy drop. Mulalah kurang motivasi.

Sama juga macam mereka yang ada dalam dunia trading. Mungkin sebab tiada keyakinan, ragu-ragu dan kerap loss dari profit. Buatkan anda cepat rasa lelah dan tiada semangat.

Ikut 3 Tips ini untuk kembalikan motivasi anda tiap kali rasa down:

#1. Baca kisah-kisah inspirasi dalam dunia pelaburan atau orang-orang yang berjaya.

Dari situ, anda akan nampak rata-rata orang yang berjaya. Mesti akan tempuh macam-macam dugaan atau ada yang pernah gagal dalam hidup. Tak semua orang yang berjaya, perjalanan hidupnya semudah ABC. Mesti aad liku-liku yang perlu dihadap dulu.

Anda boleh lihat macam mana cara orang berjaya dmendisiplinkan diri, bangkit dari kegagalan, apa yang mereka buat dan apa strategi dan Teknik yang dapat dibuktikan berkesan atau tidak.

#2. Setkan Matlamat dalam diri

Sangat penting untuk ada matlamat. Hanya orang yang ada matlamat saja akan dapat apa yang di inginkan dalam hidup. Lagi kuat anda kejar matlamat yang di inginkan, lagi mudah untuk anda genggam apa yang di impikan.

Tulis matlamat anda dalam buku atau atas kertas untuk letak diruang kerja anda. Buat matlamat kecil dulu. Dah dapat capai baru boleh ke matlamat yang lebih besar.

Contohnya, kalau anda newbie. Trade bermula dari modal yang kecik saja 10 ke 20 usd. Bila dah profit. Upkan modal kepada 40usd hingga ke tahap modal yanga anda mampu capai. Cara ni akan buat anda terus bermotivasi.

Berbanding terus ke matlamat besar yang akan buatkan anda cepat hilang motivasi sebab susah nak capai. Andai kata anda trade 1000USD terus padahal masih banyak yang anda masih belum faham dan keliru. Mulalah down dan hilang motivasi.

Lumrah manusia bila rasa diri dah berjaya buat akan rasa lebih bersemangat nak buat lagi. Tapi bila gagal, mulalah putus asa dan down. Sebab itu kena tenang dan jangan terburu-buru dalam mengejar matlamat.

#3. Jangan bandingkan diri anda dengan trader lain

Dah nama pun manusia, sudah tentu tahap kemampuan itu tak sama. Ada orang terlebih mampu nak keluar modal sampai 1000USD sekali pun. Ada orang dapat profit lagi tinggi dari anda.

Jangan bandingkan dengan apa yang anda belum dapat. Tapi jadikan sebagai pembakar semangat untuk berjaya macam mereka.

Percayalah kalau ada usaha perbaiki apa yang kurang. Anda pun boleh berjaya sama atau lebih dari orang lain.

Sebagai trader emosi memainkan peranan paling penting. Buang rasa tamak, buang rasa malas dan cuba untuk kekal tenang dalam apa Tindakan yang melibatkan pelaburan. Ouh ye, sesekali bila profit tu cubalah reward diri. Baru bertambah motivasi bila anda rasa enjoy dengan apa yang anda buat.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL