Perasan tak tahun 2022 ni perkataan trader sering menjadi bualan orang dan tidak asing lagi untuk masyarakat Malaysia bahkan banyak individu menjadi trader baru seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang menjadikannya sebagai side income dan sebagai pendapatan utama. Alhamdulillah, semakin ramai yang celik dengan ilmu pelaburan.
Tetapi hanya sebilangan kecil yang berjaya sebagai trader harian. Pelabur mana yang tidak mengimpikan untuk menjadi seorang trader harian—bekerja dengan selesa di komputer rumah, menjadi bos, bangun tidur anytime, tiada yang mengarah dan yang paling penting melihat keuntungan berguling-berguling masuk ke dalam akaun bank korang kan?
Jom ikuti langkah ini untuk menjadi Fulltime trader yang berjaya,
1. Tetapkan Mindset yang betul
Trader harian yang berjaya memerlukan gabungan pengetahuan, kemahiran, dan sifat serta komitmen terhadap gaya hidup. Ketahui kelebihan dan pengatahuan anda, adakah anda mahir dengan analisis chart, atau pengetahuan kewangan, sedar tentang kesan ekonomi terhadap dagangan?
Pemikiran yang betul adalah keperluan yang paling penting (dan yang pertama) dalam menjadi trader harian. Anda jangan cuba trading harian! melainkan bersedia untuk menumpukan masa, belajar sendiri, dan bersedia secara mental untuk mengambil risiko dan mengalami kerugian.
Silakan ambil cuti tanpa gaji dan trade real money.
Cuba tengok dalam masa sebulan sama ada boleh buat duit atau tidak?
Sama ada hasil keuntungan tersebut boleh support life atau tidak?
Katakan komitmen bulanan ialah sebanyak RM3,000 untuk instalment rumah, kereta, credit cards serta monthly expenses..cukup atau tidak hasil dari trading…jika minus…maka lupakan dahulu hasrat korang untuk menjadi fulltime trader.
2. Financial Backup dan Modal Yang Cukup
Financial Backup sangatlah penting dalam memberikan ketenangan kepada seorang trader. Trade sepatutnya dilakukan dengan tenang dan bukannya tertekan untuk membuat duit. Betulkan dahulu niat dalam trading.
“I want to make money in trading.”
Berbeza dengan..
“I don’t want to lose money in trading.”
Tiada siapa yang boleh menjana keuntungan secara konsisten.
Mungkin akan kerugian berselang-seli dan berpanjangan inilah permainan trading yang korang perlu tahu.
Untuk handle risiko ini, seorang trader harian mesti mempunyai modal yang mencukupi.
Kalau korang masuk dunia trading dengan hanya sejumlah kecil wang, maka membawa kepada jalan kegagalan.
3. Fahami Pasaran
Trader harian memerlukan asas pengetahuan yang kukuh tentang cara pasaran berfungsi, seperti waktu dagangan bursa, hari cuti, kesan peristiwa berita, keperluan margin dan instrumen boleh didagangkan yang dibenarkan), trader perlu mempunyai pangkalan pengetahuan yang luas.
4. Jaga Money Management
Bagaimana jika deposit anda adalah $500? Dengan risiko 3% ($15), saiz dagangan boleh sebesar 0.15 lot. Dalam kes ini, setiap pip untung/rugi akan bernilai $1.50. Dengan saiz posisi yang lebih besar, anda akan berkebolehan untuk menjana pendapatan dengan lebih pantas! Stopp Loss adalah sebanyak 10 point. Jika anda perlukan Stopp Loss yang lebih lebar, anda boleh berdagang 0.1 lot: ini akan menjadikan setiap pip nilainya $1.00. Rugi akan menjadi 15 poin. Dengan risiko 5% ($25), anda akan mempunyai SL (Stop Loss) 25 pip. Keuntungan di dalam kes ini (jika ambilan untung anda 3 kali lebih besar) adalah $75.
Berapa banyak yang perlu anda gunakan pada perdagangan pertama? Bagaimana kalau tiga daripada dagangan pertama anda gagal?
Pengurusan wang membantu anda menangani cabaran ini dan menganggarkan potensi keuntungan anda. Pengurusan wang yang berkesan boleh membantu anda memperolehi profit walaupun terdapat hanya 4 dagangan yang menguntungkan daripada 10.
Amalkan, rancang dan susun mengikut pelan pengurusan wang dan peruntukan modal yang ditetapkan.
5. Mulakan dengan saiz lot yang kecil
Walaupun anda mempunyai wang yang mencukupi dan pengalaman yang mencukupi, jangan bermain besar pada dagangan pertama strategi baharu. Cuba strategi baharu dengan jumlah yang lebih kecil dan tingkatkan taruhan selepas merasai kejayaan.
Ingat! pasaran dan peluang perdagangan akan kekal selama-lamanya, mereka takkan lari… tetapi wang, kalau loss, mungkin sukar untuk dikumpulkan semula.
Mulakan dengan saiz dagangan yang kecil seperti 0.01 lot. Satu lot adalah saiz kontrak standard di pasaran matawang. Ia bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas (base currency), jadi 0.01 lot bersamaan dengan 1,000 unit matawang asas. Jika anda beli 0.01 lot EUR/USD, dan leveraj anda adalah 1:1000, anda akan memerlukan $1 sebagai margin untuk dagangan tersebut. Jika anda depositkan $5 ke akaun Micro, deposit anda akan mencukupi untuk margin ini dan anda akan boleh membuka 4 lagi dagangan dengan saiz yang sama. Setiap pip pergerakan harga akan menguntungkan atau merugikan anda $0.10.
Pastikan anda hanya melabur dalam instrumen yang selamat seperti SAHAM atau OPTION seperti di ajar dalam www.goldensop.com adalah kaedah terbaik untuk menimba pengalaman kerana modal yang kecil dan bersesuaian dengan risiko pelaburan.
Kesimpulan
Lengkapkan ilmu dan pengalaman sebelum berjuang dalam dunia trading dan fikirkan juga tentang matlamat dan niat anda. Berapa banyak wang yang anda mahu hasilkan? Seberapa kerap anda akan berdagang? Lebih besar deposit, lebih besar saiz posisi, lebih banyak yang anda akan beroleh dari satu dagangan. Semua itu harus dipertimbangkan sambil memikirkan tentang risiko yang bakal dihadapi.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang perdagangan dan pelaburan? Tidak kira gaya pembelajaran anda, terdapat seminar kursus untuk anda memulakan perdagangan. Dan ianya PERCUMA, serta teknik dan support yang berterusan, anda boleh mendaftar di www.goldensop.com. Kelas 100% Percuma diberi kepada pelabur baru yang ingin berjinak- jinak ke pasaran trading.
Penafian: Penulisan sumber dari Investopedia
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis : Fatin