Selalu je dengar pasal kripto kan?
Tapi tak semua orang tahu maksud dan kegunaan kripto…
Jom kita kenali Cryptocurrency
Apakah mata wang kripto atau Cryptocurrency?
Mata wang kripto atau biasa dikenali cryptocurrency ialah sebahagian aset daripada evolusi mata wang maya yang dicipta oleh persendirian/syarikat swasta dan disimpan secara elektronik.
Kata nama lain, kripto adalah mata wang digital atau maya yang dilindungi oleh kriptografi, yang menjadikannya hampir mustahil untuk dipalsukan atau dibelanjakan dua kali.
Mata wang maya ini membolehkan pemiliknya membuat pembayaran secara maya untuk barang dan perkhidmatan tanpa pembabitan orang ketiga seperti bank, memudahkan proses serta mengurangkan kos transaksi.
Antara contoh mata wang kripto ialah ‘Bitcoin’, ‘Ethereum’, ‘Rip-ple’, ‘Nem’ dan banyak lagi, namun yang paling popular adalah Bitcoin yang dilancarkan pada November 2008 oleh Nakamoto Satoshi.
Bitcoin yang sering digunakan iaitu ‘Armory’, ‘Bitcoin Core’, ‘Bitcoin Knots’, ‘BitGo’, ‘Bither’, ‘Electrum’, ‘Green Address’, ‘ArcBit’ dan ‘mSIGNA’.
Pembayaran Bitcoin boleh dibuat oleh pengguna yang mempunyai perisian dompet Bitcoin pada komputer, tablet atau telefon bimbit anda.
Ohhh.. Baru sekarang tahu mata wang kripto ni ada banyak…
Keliru? Sebelum bertambah keliru.. jom kita kenali fungsi kripto dulu.
Bagaimanakah Mata Wang Kripto Berfungsi?
Mata wang kripto bertujuan untuk menjadi salah satu bentuk wang tunai elektronik dimana nilainya tidak boleh diubah atau dimanipulasi oleh sebarang kuasa luar seperti bank pusat. Dan penggunaannya dalam kehidupan seharian masih belum meluas contohnya untuk membeli barangan penggunaan harian seperti gula atau minyak masak. Ini berpunca kerana kekurangan teknologi untuk membuat pembayaran jauh lebih slow daripada kad sentuh atau sistem cip yang digunakan pada masa kini.
Ini kerana, Punca utamanya adalah disebabkan nilai aset tersebut tidak menentu. Ini menjadikan mata wang kripto belum sesuai untuk pembayaran harian. Sebaliknya, mata wang kripto sesuai sebagai simpanan nilai yang memiliki hak sendiri.
Setiap mata wang kripto mendakwa mempunyai fungsi dan spesifikasi yang berbeza. Sebagai contoh, Ethereum memasarkan dirinya sebagai gas untuk platform kontrak pintar. XRP Ripple digunakan oleh bank untuk memudahkan pemindahan antara geografi yang berbeza.
Berikutan kejayaan Bitcoin, banyak mata wang kripto lain, yang dikenali sebagai “altcoin,” telah dilancarkan. Sebahagian daripada ini adalah klon Bitcoin, manakala yang lain adalah mata wang baharu yang dibina dari awal. Ia termasuk Solana, Litecoin, Ethereum, Cardano dan EOS. Menjelang November 2021, nilai anggaran semua mata wang kripto yang wujud telah mencecah lebih $2.1 trilion—Bitcoin mewakili kira-kira 41% daripada jumlah nilai tersebut.
Mata wang kripto berjanji untuk memudahkan pemindahan dana terus antara dua pihak, tanpa memerlukan pihak ketiga yang dipercayai seperti bank atau syarikat kad kredit. Pemindahan tidak berpusat tersebut dijamin dengan penggunaan kunci awam dan kunci persendirian serta pelbagai bentuk sistem insentif, seperti bukti kerja atau bukti kepentingan.
Berminat nak join pelaburan mata wang kripto?
Eh sabar dulu.. kita tengok bahagian risiko pula…
Apakah Risiko Pelaburan Mata Wang Kripto?
Tak semua coin yang terlibat dalam kripto itu dikawal si seluruh dunia. Oleh itu jika berlaku sebarang masalah pelabur kehilangan semua wang mereka, mereka tidak mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa sepenuhnya.
Terdapat beberapa risiko dalam pelaburan mata wang kripto antaranya adalah;
- Dilema kawal selia dan undang-undang
Kripto boleh jadi berisiko kerana belum diiktiraf di bawah mana-mana perundangan oleh mana-mana negara serta tiada aset yang mendasarinya.
Kesannya, perlindungan undang-undang dan cagaran aset terhadap pengguna Bitcoin sangat lemah. Bitcoin boleh digunakan secara rahsia tanpa disertakan perincian maklumat pengguna, selain daripada nombor yang berbentuk kriptografi di seluruh negara, merentas sempadan tanpa pengawalan daripada mana-mana pihak.
- Penipuan
Disebabkan ciri unik Bitcoin yang tidak dikawal selia mana-mana institusi, ada risiko untuk penyalahgunaan Bitcoin seperti penipuan, pembersihan wang haram, pencurian serta manipulasi berkaitan penawaran dan permintaan yang akan menyebabkan jurang turun naik harga yang tinggi secara mendadak.
- Data dan halangan pemodelan
Ketiadaan aset yang mendasari Bitcoin juga boleh menyebabkan nilai Bitcoin menjadi sifar sekiranya semua peserta Bitcoin di seluruh pelosok dunia hilang kepercayaan terhadapnya.
Walaupun rangkaian penggunaan Bitcoin yang menggunakan sistem DLT dikatakan sangat sukar digodam, dompet digital pengguna tidak 100 peratus dijamin terselamat daripada risiko kecurian dan penipuan.
- Ancaman
Terdapat juga ancaman bagi pengguna yang menyimpan dompet Bitcoin dalam komputer peribadi mereka yang berisiko mengalami kecurian jika tidak melindungi komputer dengan perisian antivirus.
Selain itu, perkembangan akta keselamatan siber yang tidak seiring dengan kelajuan perkembangan teknologi Bitcoin juga membuka ruang kepada penjenayah siber untuk beraksi.
Berminat nak jadi trader?
Jomm jadi trader yang luar biasa.
Yang sentiasa berani rebut peluang dan bijak memburu saham-saham hebat di pasaran bursa mahupun global.
Jom dengarkan tips ini supaya anda boleh jadikan panduan untuk menjadi seorang trader yg berjaya.
Layari www.goldensop.com untuk pelajari saham secara PERCUMA.
Penafian: Penulisan sumber dari Investopedia
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis : Fatin