Forex? Saham? Dua nama yang berbeza

726

Apa itu “Forex”

Forex atau nama panjangnya adalah Foreign exchange tetapi lebih dikenali sebagai FOREX. Pernah dengar Forex trading? Apa itu forex trading pula? Forex trading adalah “aktiviti perdagangan atau perniagaan” yang melibat tukar beli matawang yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan hasil dari pertukaran matawang.

Kurang faham?

Jom kita tengok contoh ini dulu;

Katakan hari ini anda ke money changer (organisasi yang perniagaannya adalah pertukaran syiling atau mata wang satu negara dengan negara lain) untuk menukar Ringgit Malaysia kepada US Dollar, nilai USD1.00 bersamaan RM4.23 untuk mendapatkan USD100 anda memerlukan sebanyak RM 423.05 untuk ditukar. Dan katakan bulan hadapan nilai USD semakin mahal, iaitu USD1.00 bersamaan dengan RM4.60. Jadi disini jika anda menukar USD100 yang anda miliki, anda akan untung kerana peningkatan dalam jumlah pertukaran yang diperolehi sebanyak RM460 dari money changer dan untung bersih sebanyak RM36.95.

Tetapi pada zaman kiti yang kini serba serbi aktiviti menggunakan teknologi, Forex trading boleh dilakukan secara online menggunakan platform yang berdaftar. Anda hanya perlukan telefon atau komputer dan data internet untuk trade forex. Pasaran forex ini buka 5 hari seminggu dan 24 jam sehari, iaitu bermula pada pukul 5 pagi hari isnin dan berakhir pada pukul 5 pagi hari sabtu. Jadi di sini anda mempunyai kebebasan untuk trade forex bila-bila masa sahaja yang anda rasakan sesuai.

Selapas waktu kerja pun boleh trade forex!

Apa itu “Saham”?

Dalam bahasa mudah, “Saham merupakan pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.”

Kebanyakkan perniagaan di Malaysia dimiliki dan diurus oleh individu, perkongsian dan juga syarikat-syarikat.

Saham merupakan pemilikan modal syarikat, yang mana pelaburan modal boleh mengakibatkan keuntungan dan juga kerugian.

Ini bermaksud, apabila anda membeli saham sesuatu syarikat, anda secara langsung telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar saham bergantung kepada wang yang kita miliki.

Saham-saham boleh dimiliki secara ‘private’ ataupun ‘public’. Saham yang boleh dimiliki public atau orang ramai adalah syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat ini adalah jenis “public listed” ataupun Berhad.

Apabila saham diniagakan di pasaran saham Bursa Malaysia, nilai saham tersebut akan berubah berbeza-beza dari nilai asalnya. Ini adalah disebabkan oleh saham tersebut yang didagangkan, akan dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran bagi saham tersebut berdasarkan beberapa faktor seperti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang perdagangan dan pelaburan SAHAM ataupun OPTION? Tidak kira gaya pembelajaran anda, terdapat seminar kursus untuk anda memulakan perdagangan. Dan ianya PERCUMA, serta teknik dan support yang berterusan, anda boleh mendaftar di www.goldensop.com. Kelas 100% Percuma diberi kepada pelabur baru yang ingin berjinak- jinak ke pasaran trading.

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin