Untuk anda yang baru dalam dunia pelaburan saham. Hari ini, kita kongsikan beberapa tips untuk mencari broker yang sesuai dengan anda
1.Caj Brokerage
Setiap broker mempunyai caj brokerage yang berbeza. Ada murah dan ada yang sedikit mahal. Tapi masih tidak jauh beza dengan broker lain.
Trader tegar mungkin lebih memilih caj brokerage yang rendah.
Namun, bagi Trader jangka masa Panjang. Caj brokerage tak menjadi isu kerana jarang melakukan transaksi beli & jual.
2.Kempen Yang Menarik
Paling penting untuk anda pilih broker yang mengadakan kempen yang menarik dan menguntungkan.
Contohnya, seminar yang mengajarkan Teknik, tips dan strategi. Kempen percuma caj brokerage bagi tempoh tertentu untuk pelanggan terpilih.
Atau kempen yang mengadakan pertandingan & hadiah kepada pemenang.
Kempen yang menarik ni adalah cara broker menghargai klien-klien yang membuka akaun bersama mereka serta menggunakan servis mereka.
3. Mempunyai Barisan Remiser Atau Dealer Yang Memberi Support
Sebagai newbie dalam, sangat penting untuk mecari support. Kenal pasti remiser atau dealer yang menyediakan servis yang baik kepada klien mereka.
Contohnya, kelas saham percuma, support group untuk menjawab pertanyaan & membantu sekiranya anda ada masalah.
4. Trading Platform Yang Mudah Digunakan
Setiap broker menyediakan trading platform yang berbeza. Ada yang mudah digunakan, banyak fungsi menarik atau menyediakan screener yang baik.
Disarankan untuk newbie memilih trading platform yang mesra pengguna dan direka khas untuk Beginner.
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis: Lia
Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper
https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl
Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper