Tuntutan Pengangguran Minggu Lalu Menurun ! Apakah Indikasi Kepada “Trader”?

101

Bilangan rakyat Amerika yang membuat permohonan baharu untuk faedah pengangguran secara tidak dijangka menurun minggu lalu, tetapi mungkin kekal tinggi dalam jangka masa terdekat akibat kesan Taufan Helene dan Milton yang mengaburkan gambaran pasaran buruh.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri turun sebanyak 19,000 minggu lalu kepada 241,000 yang diselaraskan mengikut musim untuk minggu berakhir 12 Oktober, berdasarkan laporan Jabatan Buruh pada hari Khamis.

Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters menjangkakan 260,000 tuntutan untuk minggu terkini. Tuntutan meningkat ke tahap tertinggi dalam tempoh lebih setahun pada minggu sebelumnya, disebabkan oleh Helene, yang memusnahkan Florida dan sebahagian besar kawasan Tenggara AS pada akhir September.

Penurunan tuntutan akibat Helene berkemungkinan akan diimbangi oleh jangkaan lonjakan tuntuan susulan Milton, yang melanda Florida beberapa minggu selepas Helene.

Mogok selama sebulan kira-kira 33,000 juruteknik di Boeing, yang memberi kesan rantaian kepada rantaian bekalan pembuat pesawat itu serta pekerjanya yang tidak mogok, turut mengaburkan pandangan pasaran buruh. Boeing telah bergelut dengan pelbagai masalah sebelum mogok oleh pekerja bersatu di Pantai Barat, dan minggu lalu mengumumkan pengurangan 17,000 pekerjaan.

Laporan tuntutan ini merangkumi minggu di mana kerajaan membuat tinjauan terhadap majikan untuk komponen gaji bukan pertanian dalam laporan pekerjaan Oktober. Ahli ekonomi menjangka pegawai Rizab Persekutuan tidak akan memberi terlalu banyak penekanan kepada laporan pekerjaan apabila mereka bermesyuarat pada awal November. Laporan tersebut akan dikeluarkan beberapa hari sebelum pilihan raya presiden AS pada 5 November.

Gaji bukan pertanian meningkat paling banyak dalam tempoh enam bulan pada bulan September, dengan kadar pengangguran menurun kepada 4.1% daripada 4.2% pada Ogos. Bank pusat AS bulan lalu mengurangkann kadar faedah penanda arasnya sebanyak 50 mata asas, yang merupakan pengurangan besar pertama sejak 2020, menurunkannya kepada julat 4.75%-5.00%, menonjolkan risiko yang semakin meningkat kepada pasaran buruh.

Fed, yang telah menaikkan kadar polisi sebanyak 525 mata asas pada tahun 2022 dan 2023 untuk menjinakkan inflasi, dijangka mengurangkan kadar hanya sebnayak 25 mata asas bulan depan.

Bilangan orang yang menerima faedah selepas minggu pertama bantuan, sebagai proksi bagi pengambilan pekerja, meningkat sebanyak 9,000 kepada 1.867 juta yang diselaraskan mengikut musim untuk minggu berakhir 5 Oktober, menurut laporan tuntutan tersebut.

Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1