Tips Labur : Dah Belajar,, Tapi EMOSI kelaut dalam! Labur asik lebur!

481

Bila sebut pasal trading saham,forex atau apa jua intrument, kita selalu di pesan jaga emosi. Jaga emosi tu sebenarnya macam mana? Sebab Emosi adalah 70% kunci untuk kita berjaya dalam trading. 30% adalah sistem TA. Gila bukan? Tapi itulah fakta!

Kenapa? Emosi yang kita nak bincang dalam trading adalah tentang macam mana untuk kita kawal 3 penyakit utama dalam trading iaitu TAMAK, HARAPAN dan TAKUT

Dalam trade kita kena tahu cara nak buat SNAP DECISSION. Apa itu Snap Decission? Snap Decission adalah cara untuk buat keputusan pantas tanpa perlu berfikir panjang. Sebab sebarang keputusan lambat dibuat, akan menyebabkan kita hilang peluang tuk membuat duit.

Terutama bagi meraka yang melabur dalam julat masa chart (time frame ) kecil atau strategi yang advance dalam seperti SuperScalper yang menjana duit kurang dari satu minit! Kelas di ajar di www.goldensop.com.

Jadi macam mana nak berjaya dalam trading, kita kena belajar mengawal 3 penyakit utama trading tadi.

1. Mengatasi rasa tamak!

Ada pepatah popular dalam kalangan trader, “Babi akan sentiasa akan kena sembelih” . Babi adalah merujuk kepada pelabur yang tamak mengaut keuntungan dan inginkan lebih dari apa yang sepatutnya

Dalam pasaran saham, mereka ini ingin terus membuat memegang saham yang untung walau sudah mencapai keuntungan 100%-200% dengan harapan mendapat lebih 1000%. Itu salah!

Pelabur sepatutnya tahu berapa jumlah keuntungan yang sepatutnya mereka capai setiap hari atau setiap pelaburan yang di buat berpandukan risk and reward. Sekiranya kita sanggup rugi 10% modal trade,kita sepatutnya hanya perlu untung 20%-30% sahaja.

Tamak bukan satu senang untuk kita atasi. Kerana ia berdasarkan gerak hati untuk buat lebih baik. Jadi pelabur perlu belajar untuk kenal pasti gerak hati ini dan mempuat trading plan yang betul berdasarkan pemikiran waras, logik dan bukan gerak hati.

Jadi jangan jadi babi dalam pasaran ya!

2. Harapan

Berhenti berharap dan pastikan kita mempunyai setting target yang betul!

Pelabur kena ada satu RULES yang jelas dalam apa jenis pelaburan yang kita buat sekiranya market tidak mengikut kehendak analisis kita. Patuh kerana semasa pasaran dibuka, peraturan ini akan digunakan tanpa sebarang kompromi.

Peraturan pelaburan biasanya di buat berpandukan Risk-Rewad ratio ada di ajar secara detail di www.marubozu.co supaya semua trader masuk pasaran dengan system yang tepat dan yakin untuk membuat duit!

Apa yang penting, sekiranya kita tidak mendapat keuntungan pada hari ini, kita kena ingat, pelaburan bukan permainan satu hari. Kita kena fokus untuk permainan jangka masa panjang. Sekiranya kita menerima keputusan harini ini, kita akan ada peluang untuk membuat lebih duit esok!

3. Memahami punca ketakutan.

 Dalam trading, takut adalah benda biasa dan kita adalah manusia. Kalau kita nampak/baca berita buruk tentang stock yang kita beli, atau kita nampak pasaran dan chart tidak bergerak mengikut kehendak analisis kita, mesti kita akan membuat keputusan yang drastik, sama ada keluar pasaran dengan serta merta (cut loss) meskipun mungkin reaksi pasaran hanya bersifat sementara

Atau,kita sudah mengalami kerugian berturut-turut,menyebabkan kita semakin takut dan fobia untuk masuk ke pasaran.

Jadi, kita kena faham,apa maksud ketakutan . Ketakutan bermaksud tindakan semulajadi apabila menerima ancaman. Dalam kes ini adalah ancaman terhadap keuntungan trader.

Bagaimana nak menghadapi ketakutan? Yang terbaik adalah mencari mentor yang betul untuk perbetulkan sistem, komuniti yang positive, tidak menggunakan gaji untuk melabur, dan sentiasa belajar untuk memperbaiki kesilapan dalam trade

Yang penting kena ingat! Kita perlu sentiasa merancang masa depan untuk pelaburan secara terperinci sebelum kita mulakan pelaburan sebab sekitanya kita bersedia sebelum berita buruk berlaku, kita sudah bersedia semasa ia terjadi,kita tidak berasa panik dan takut!

Kesimpulannya, pelabur kena tahu untuk mengawal emosi trading, dan habit ini akan mengekalkan kita dalam pasaran! Kita tak boleh kawal market,tapi kita boleh kawal untung rugi kita.