KAWALAN EMOSI DAN ‘MONEY MANAGEMENT’: SEBERAPA PENTINGKAH?

209

Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa sesetengah pedagang berjaya dalam jangka panjang, manakala yang lain menghadapi kerugian berterusan? Kuncinya terletak pada pengurusan risiko yang berkesan melalui kawalan emosi dan pengurusan wang yang bijak.

Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa emosi anda kadang-kadang mengganggu keputusan trading yang bijak? Pernahkah anda berfikir bagaimana pengurusan wang yang betul boleh melindungi modal anda dalam pasaran yang tidak menentu? Jika ya, artikel ini adalah untuk anda. Ada 2 pengurusan risiko yang anda sebagai seorang trader “WAJIB” ambil tahu.

Pertamanya, kawalan emosi dan psikologi. Ini adalah faktor paling penting dalam forex trading. Anda akan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan betul atau salah untuk masuk order BUY atau SELL jika anda mengalami kecelaruan emosi. Maka, pentingnya untuk kita tetapkan hati mengikut haris panduan dengan membuat beberapa peraturan.

Contohnya, jangan masuk order jika trend sudah begerak, tunggu setup yang betul-betul cantik dan berpotensi tinggi, jangan masuk order melawan trend, jangan ikut atau terpengaruh oleh trading order kawan, letakkan nilai lot yang betul dan letakkan nilai Stop Loss dan Take Profit mengikut risk reward yang betul.

Perkara kedua ialah Pengurusan Wang atau Money Management. Sehebat mana pon strategi kita, trading ini masih bergantung pada “Tuah”. Kita boleh meningkatkan lebih peluang untuk capai “Tuah” kita menjadi lebih tinggi. Money Management yang betul perlukan pengurusan risiko dan keuntungan yang betul. Sebagai contoh, lepas kena Stop Loss berapa yang rugi, dan berapa pula yang untung kalau order kita kena Take Profit.

Menguasai kawalan emosi dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam trading. Disiplin dalam emosi dan strategi pengurusan wang yang baik membantu melindungi modal dan meningkatkan peluang kejayaan jangka panjang. Mulakan sekarang untuk menjadi pedagang yang lebih bijak dan berdisiplin. Selamat trading!

Penafian: Sumber daripada Intraday Malaysia

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis : Muhammad Rafie

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1