Cara Trade Dengan Engulf ?

518

Hai semua! Hari ni saya nak kongsikan cara-cara untuk trade menggunakan teknik engulf dalam trading. Teknik ni agak popular dalam kalangan trader sebab mudah difahami dan agak berkesan kalau kita tahu cara yang betul. So, jom kita mula!

Apa Itu Engulfing?

Sebelum kita masuk lebih dalam, jom fahami dulu apa itu engulfing. Dalam trading, engulfing ni adalah pattern candlestick yang menunjukkan perubahan arah trend. Ada dua jenis engulfing: bullish engulfing dan bearish engulfing.

Bullish Engulfing: Bila candlestick hijau (bullish) menelan keseluruhan candlestick merah (bearish) sebelumnya. Ini biasanya menunjukkan bahawa market mungkin akan naik.

Bullish Engulfing: Bila candlestick hijau (bullish) menelan keseluruhan candlestick merah (bearish) sebelumnya. Ini biasanya menunjukkan bahawa market mungkin akan naik.

Cara Kenal Pasti Engulfing

Untuk kenal pasti pattern engulfing, kita perlu tengok pada dua candlestick berturut-turut:

  • Candlestick pertama adalah candlestick kecil yang menunjukkan trend semasa.
  • Candlestick kedua adalah candlestick besar yang menelan keseluruhan candlestick pertama.

Cara Trade Menggunakan Engulfing

  1. Kenal Pasti Support dan Resistance:

Sebelum mula trade, kenal pasti support dan resistance pada chart anda. Support adalah level di mana harga cenderung untuk berhenti jatuh dan mula naik. Resistance pula adalah level di mana harga cenderung untuk berhenti naik dan mula jatuh.

Cari Engulfing Pattern:

Cari pattern bullish engulfing di kawasan support dan pattern bearish engulfing di kawasan resistance. Ini memberikan isyarat bahawa trend mungkin akan berubah.

Entry Trade:

Bila dah jumpa pattern engulfing, kita boleh entry trade:

  • Untuk bullish engulfing, kita boleh buy selepas candlestick kedua selesai terbentuk.
  • Untuk bearish engulfing, kita boleh sell selepas candlestick kedua selesai terbentuk.

Letak Stop Loss:

Letakkan stop loss untuk mengurangkan risiko. Untuk bullish engulfing, letak stop loss di bawah candlestick kedua. Untuk bearish engulfing, letak stop loss di atas candlestick kedua.

Take Profit:

Take profit boleh diletakkan pada level support atau resistance seterusnya. Jangan tamak, sebab market boleh berubah arah pada bila-bila masa.

Tips Tambahan

  • Time Frame: Teknik engulfing lebih berkesan pada time frame yang lebih besar seperti 4H atau daily.
  • Confluence: Pastikan ada faktor lain yang menyokong trade anda seperti indicator atau news.
  • Practice Makes Perfect: Latihlah diri anda dengan demo account dulu sebelum masuk live account.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis : Nash

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1