3 Saham Uptrend Yang Mempunyai Fundamental Yang Mantap

40

“Nak beli saham takkan hanya nak tengok carta semata?”

Di Bursa Malaysia, bukan tiada saham yang mempunyai fundamental yang baik. Tetapi sifat pelabur Malaysia yang ‘malas’ kaji saham-saham yang sebegini. 

Ramai yang suka saham murah dan hanya harapkan analisis teknikal. Bila tidak menjadi, salahkan saham ini sebagai scam. Walhal sedia maklum analisis teknikal hanya kajian kebarangkalian sesuatu itu menjadi. Tidak menjamin apa pun. Nak melabur ke berjudi?

Jom kita lihat saham-saham di Bursa Malaysia yang sedang membuat kenaikan (Uptrend) dan mempunyai ciri-ciri fundamental yang baik seperti:-

  • Keuntungan syarikat yang konsisten 
  • Pertumbuhan keuntungan syarikat yang meningkat
  • Margin keuntungan yang meningkat
1. PECCA Group Berhad

Carta setahun saham Pecca Group Berhad dilihat sedang berada difasa kenaikan (uptrend) yang sihat setakat 15 Mac 2024. Syarikat sektor automotif ini bukan sahaja sedang uptrend malah mempunyai fundamental yang sangat hebat!

Jika kita lihat pendapatan suku tahunan PECCA, sangat mengagumkan. Tidak pernah rugi dan margin keuntungan pula terus menerus bertambah sejak suku tahun terakhir tahun 2022 sehingga yang terkini. 

Pendapatan tahunan juga sama, terus meningkat sejak tahun 2022 sehingga tahun kewangan terakhir 2023. Hasil jualan meningkat, keuntungan bersih naik dan margin keuntungan juga semakin besar!

2. Malayan Cement Berhad
Sumber: TradingView

Syarikat pengeluar simen dan bata ini jika dilihat cartanya, meleleh. Sangat cantik kemenjadian dia. Ciri-ciri kenaikan (uptrend) yang sihat sangat ketara digambarkan pada carta saham ini. Mula membuat kenaikan harga sejak April tahun 2023 lagi. 

Jika kita nak kaji pendapatan dari segi suku tahunan, memang sangat kagum dengan jualan, keuntungan bersih dan margin keuntungan yang naik sangat konsisten

Keuntungan tahunan syarikat juga bukan biasa-biasa. Keuntungan meningkat sejak tahun 2021 sehingga tahun terkini. Margin keuntungan syarikat naik terus menerus walaupun jualan syarikat pada tahun 2024 tidak sebanyak tahun sebelumnya. 

Siapa kata tiada saham fundamental bagus yang boleh dibeli di Bursa Malaysia?

3. QL Resources Berhad

Syarikat ketiga pula, adalah syarikat pengeluar telur yang popular di Malaysia. Syarikat ini juga merupakan pemilik kepada kedai serbaneka FamilyMart. Daripada carta ini, harga saham QL sedang membuat kenaikan sejak Jun 2023 sehingga Mac 2024. 

Kenaikannya (uptrend) sangat cun!

Dari segi keuntungan suku tahunan syarikat, kita dapat lihat di mana jualan syarikat meningkat setiap suku tahunan dan margin keuntungan juga menaik. Keuntungan bersih syarikat juga merekodkan kenaikan yang sangat konsisten. 

Untuk pendapatan syarikat secara tahunan, kita dapat lihat bahawa margin keuntungan syarikat naik dengan ketara sejak tahun 2022 sehingga tahun terkini.

Macam ini baru yakin nak melabur. 

Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1