Jauhi Personal Loan kalau TAKNAK MERANA

512

Nak kahwin je ambil personal loan..

Nak buat business je ambil personal loan..

Personal loan tu perkara biasa dah sekarang.

Sebelum korang ada terfikir nak ambik personal loan, baca ni dulu!

Apa itu personal loan?

Sumber imej: Google

Personal loan atau pinjaman peribadi adalah sejumlah wang untuk dipinjam sebagai tujuan peribadi tanpa sebarang cagaran tidak seperti pinjaman perumahan atau pinjaman kereta. Apabila pinjaman telah diluluskan, peminjam perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjam sekali dengan kadar faedah yang ditetapkan dan dipersetujui dalam tempoh masa yang tertentu.

Apa itu Cagaran?

Cagaran ialah barang yang dijadikan sebagai taruhan apabila berhutang

Contoh situasi, korang mengambil loan rumah, jika korang tak dapat membayar installment yang ditetapkan, bank akan merampas rumah dan melelongkan rumah tersebut.  

Berbeza dengan pinjaman peribadi, korang berpotensi untuk diisytiharkan muflis atau bankrap sekiranya gagal membayar balik pinjaman seperti dijadualkan.

Duit yang korang dapat dari personal loan ni macam-macam yang boleh korang gunakan, bayar duit rawatan sakit, bayar hutang lampau, kembangkan business korang dan macam-macam lagi.

Jadi apa masalahnya, ramai yang kata jangan ambil personal loan lah.

Kenapa personal loan ni tak bagus?

Sebab utamanya adalah kadar pinjamannya sangat tinggi disebabkan personal loan tiada cagaran yang membolehkan pihak pemberi pinjaman pegang untuk dijadikan sebagai taruhan. Dari situ, risiko pihak pemberi pinjaman untuk memberikan pinjaman kepada peminjam sangat tinggi.

Besar kesannya jika korang gagal untuk bayar balik personal loan, nama korang akan diburukkan oleh pihak pemberi pinjaman dalam CCRIS. Kegagalan untuk membuat pembayaran boleh menyebabkan korang didakwa di mahkamah tetapi ini selalunya merupakan tindakan terakhir yang dilakukan oleh pihak pemberi pinjaman sekiranya tidak ada jalan penyelesaian lain.

Maka, setiap bulan korang akan dapat surat mahkamah lah.

Memang tak dinafikan, pinjaman peribadi atau personal loan merupakan salah satu cara yang paling cepat untuk korang mendapatkan wang banyak untuk digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti memulakan perniagaan atau menanggung kos kahwin korang.

Namun, korang perlu berhati-hati kerana mengambil personal loan ini merupakan satu komitmen yang besar dan korang perlu membayarnya semula dengan kadar pinjaman yang tinggi.

Berminat nak jadi trader?

Jomm jadi trader yang luar biasa.

Yang sentiasa berani rebut peluang dan bijak memburu saham-saham hebat di pasaran bursa mahupun global.

Jom dengarkan tips ini supaya anda boleh jadikan panduan untuk menjadi seorang trader yg berjaya.

Layari www.goldensop.com  untuk pelajari saham secara PERCUMA.

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin