Duit Pelaburan Perlu bayar Zakat ke?

685

Tidak dinafikan masih ramai lagi yang tidak diberi pendedahan bertapa pentingnya membayar zakat. Malahan, ada yang tak tahu pun kene bayar zakat selepas memperoleh keuntungan pelaburan.

“Perlu ke bayar zakat?”

Ye, apabila cukup haul dan nisab, wajib untuk korang membayar zakat daripada hasil keuntungan pelaburan korang.

Haa korang jangan syok sangat melabur sampai terlupa bayar zakat..

Maksud Cukup Haul dan Nisab

Haul bermaksud jangka masa setahun bermula daripada cukupnya haul yang dikira berdasarkan kalendar islam. Sebagai contoh, pada bulan Muharram 1426 kita mencapai kadar nisab, maka pada Muharram 1427, dikira telah cukup satu haul.

Manakala cukup haul bagi saham dan pelaburan, hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.

Nisab ialah kadar harta yang diwajibkan dibayar zakat padanya. Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram) berdasarkan harga semasa.

Sebagai contoh, harta anda atau duit pelaburan anda melebihi 85 gram ataupun 595 gram perak mengikut harga semasa.

Zakat: (nilai pelaburan di hujung haul + keuntungan yang ditunaikan) X 2.5%

Sumber imej: Google

Bagaimana Nak Kira Zakat

Jika anda berada di Selangor, anda boleh layari laman web zakatselangor.com.my sebagai rujukan untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan. Terdapat pelbagai info dan juga kalkulator untuk memudahkan anda untuk membuat pengiraan.

Korang juga boleh melawat laman web bursamalaysia.com atau tekan link tersebut untuk mendapatkan info-info berkaitan zakat ke atas pelaburan saham.

TERBONGKAR AKHIRNYA

 RAHSIA 71,618+ SUPERSCALPER  JANA JUTAAN USD SETIAP HARI 

Biar Kami Bantu dengan Ebook Teknik Hollygrail Maruwave®️ yang dikaji dan backtest selama 5 tahun

Terbukti dan telah berjaya membantu lebih 14,000 pelabur global di seluruh Malaysia!

Dapatkan sekarang di Ebook Maruwave Analysis   

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin