Follow 3 Tips Ni Kalau Anda Tengah Rugi Dalam Saham

916

Topic kalini sangat common untuk para-para trader, sape je tak pernah merasa rugi kan?

Saya rasa semua trader, tak kisah lah anda trader baru ke, intermediate ke , advance ke, yang pasti siapa yang pernah join saham pasti akan pernah merasai kerugian.

Apa nak buat jika tengah rugi?

1. Rujuk trading plan anda

Kalau anda nak melabur dalam saham, pastikan anda ada trading plan. Jangan melabur kalau takde trading plan !

Kenapa trading plan tu penting? Contohnya anda entry market pada waktu pagi tapi anda biarkan market berjalan walhal anda fokus pada pekerjaan seharian anda, petang baru ada masa free untuk tengok trading account anda, time tu anda terkejut sebab semuanya merah dan telah rugi.

Perkara pertama anda kene tengok adalah trading plan. Dalam trading plan anda akan lihat;

  1. Entry price
  2. Cut loss
  3. Target Price

So bila anda rugi, tengok cut loss anda adakah kerugian yang anda alami melebihi cut loss ataupun kurang daripada cut loss anda.

Jika tidak menyentuh cut loss, tahniah anda masih terselamat.

Cut loss bermaksud anda perlu keluar daripada position market yang anda entry. Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan cut loss anda boleh melihat di sini. 

Cut loss adalah bertujuan untuk menghadkan kerugian yang anda alami.

Jaga capital anda, control kerugian yang anda akan alami, sampai bila nak rugi?

2. Menuntut ilmu dalam saham

Dalam trade ni, takkan kita nak trade tanpa hala tuju, kalau anda baru nak menceburi bidang trade, benda pertama yang perlu belajar adalah entry dan exit market.

Pentingnya anda belajar walaupun perkara basic seperti teknikal analisis atau komponen saham untuk mengelakkan kerugian yang menyebabkan impak yang besar.

Sebagai contoh, anda kurang alert pada market position, lama-lama profit anda mencecah negatif, tapi anda masih hold. Itu petingnya and belajar exit market.

3. Tujuan anda melabur

Kenapa anda melabur? Ramai orang akan cakap

“aku nak melabur disebabkan aku nak untung”

Bayangkan anda rugi. Apakah plan anda ?

Ketahui tujuan anda melabur, muhasabah diri anda, mengapa anda pilih untuk melabur.

Seterusnya, rujuk balik chart pair currency anda. Lihat semula chart pattern. Untuk baca chart pattern, sekurang-kurangnya anda perlu mengatahui ilmu dalam teknikal analisis. Dari situ anda boleh menjangkakan price action dan market price, sama ada price akan terus jatuh ataupun berpotensi untuk jatuh lagi, anda kene decide sama ada anda boleh bertahan dengan kejatuhan itu, ini bermakna anda bersedia dari segi emosi untuk menerima kejatuhan. Sebab itu, pentingnya anda belajar baca chart ataupun ilmu teknikal analisis.

Setiap orang yang pernah trade akan ada satu penyakit iaitu “ HOPE ANALYSIS”. Lagi-lagi bila nampak market tengah strong atau tengah sideway, ha mulalah..

“Ada harapan ni EURUSD nak naik lagi, hold dulu.. nanti bila dia dah naik sikit baru close”

Bahayanya ade sifat hope analysis, kerana 70% dari punca kerugian adalah disebabkan meletakkan harapan yang tinggi. Itu bermakna anda masih tidak dapat kawal emosi. Oleh itu, stick pada trading plan anda, kurangkan buat harapan pada market yang anda sendiri tak pasti sedang melaksanakan trend apa. Ingat! Trade is a probability game.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang perdagangan dan pelaburan SAHAM ataupun OPTION? Tidak kira gaya pembelajaran anda, terdapat seminar kursus untuk anda memulakan perdagangan. Dan ianya PERCUMA, serta teknik dan support yang berterusan, anda boleh mendaftar di www.goldensop.com. Kelas 100% Percuma diberi kepada pelabur baru yang ingin berjinak- jinak ke pasaran trading.

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin