Tanda-Tanda Korang dah ready untuk trade

457

Korang dah sedia ke nak trade? Korang pasti? Yakin nya kamu… hahaha

Anyway, sekiranya korang mempunyai kesemua tanda-tanda ni, memang aku salute! Korang dah boleh dah trade lepas baca article ni.

Sebelum korang nak mulakan trade ni, penting untuk ada persediaan yang rapi, seperti sediakan payung sebelum hujan.

Takkan korang dah terhantuk baru nak tengadah, dah kene batang hidung sendiri baru nak menyesal.

Kalau dah ada semua tanda- tanda ni, bermakna korang dah bersedia untuk entry market.

Semoga Success!

1. Menetapkan Trading Plan & Goals

Sebagai seorang trader, korang haruslah menetapkan beberapa sasaran trading yang boleh membantu korang untuk kekalkan  motivasi diri dan semangat walaupun berdepan pelbagai rintangan dan halangan, lagi-lagi untuk korang yang baru mula nak trade tu, sekali MC mesti terus koyak. Pentingnya korang jaga money management dan patuh pada trading plan dan goals anda untuk mencapai keuntungan yang diharapkan. Trading plan adalah strategi yang ditetapkan untuk menyasarkan keuntungan dan kerugian bagi setiap position, exit plan jika posisi trading korang tidak menepati analisis dan sebagainya.

2. Mempunyai Modal yang Mencukupi

Nak trade kene ada modal, macam kita nak mulakan business. Sekurang-kurangnya modal untuk mula melabur boleh korang serendah $10-$99. Ini kerana, untuk entry lot memerlukan modal.

Tapi ingat! Gunakan duit lebihan korang yang tidak digunakan atau memang ada simpanan lebih.

3. Bersedia untuk Rugi

Rugi itu pasti dalam pelaburan mata wang, sama seperti mana-mana perniagaan di dunia ini, untung rugi merupakan suatu adat yang kita tak dapat lari. Apa yang naik, pasti akan turun. Setiap saham akan ada masa bergerak menaik, mendatar atau pun menurun.

Disebabkan itu, perlunya untuk menetapkan peratusan risiko bagi setiap posisi trading untuk meminimakan kerugian supaya akaun korang kekal sihat walaupun mengalami kerugian.

Selain daripada itu, korang boleh menggunakan kaedah rekod trading, ramai trader menganggap remeh perkara ini. Setelah selesai menutup position trading korang, rekod atau catat keputusan untuk analisis kelemahan pada trading korang untuk diperbaiki pada masa akan datang.

4. Mempunyai broker pilihan

Tahun 2022 ni, banyak broker yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan especially dalam dunia trading yang kian melonjak naik. Tetapi perlu diingatkan broker pon ada yang scam dan tak legit ye. Sentiasa berhati-hati dalam memilih broker yang betul dan pastikan broker tersebut di regulate.

Setiap broker menawarkan leverage yang berbeza, pilih broker yang bersesuaian dengan korang, ia bergantung kepada korang nak leverage berapa 50:1 atau 100:1 atau lebih tinggi.

Selain leverage, korang perlu tahu juga kommission dan spread, tak kira lah korang nak trade pakai currency pair apa, suka atau tidak korang tetap perlu bayar kos transaksi.

Jumlah kos transaksi berbeza bagi setiap broker dan currency pair yang korang trade. Untuk pengatahuan korang, setiap kali nak entry position trade, korang perlu membayar kos transaksi. Setiap broker mempunyai spread yang berbeza, sebab tu perlunya memilih broker yang menawarkan spread yang terbaik untuk korang.

5. Disiplin dan konsisten

Konsisten. Ramai sebenarnya trader baru yang tak mampu nak disiplin dengan diri sendiri, iaitu konsisten belajar dan trade.

Bagaimana kita nak tahu kita boleh consistent atau tidak? Semuanya mestilah bermain dengan masa. Maksudnya kita kena monitor trading dan ia mengambil masa yang lama. Suggestion untuk korang, belajar dan trade dulu dengan akaun demo selama 12 bulan, maintain dan konsisten trade dan cari corak keutungan korang.

Tak kisah lah beberapa bulan atau tahun, persiapkan diri korang dari segi mental dan physical yang mantap dan penuh dengan ilmu trade

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang perdagangan dan pelaburan SAHAM ataupun OPTION? Tidak kira gaya pembelajaran anda, terdapat seminar kursus untuk anda memulakan perdagangan. Dan ianya PERCUMA, serta teknik dan support yang berterusan, anda boleh mendaftar di www.goldensop.com. Kelas 100% Percuma diberi kepada pelabur baru yang ingin berjinak- jinak ke pasaran trading.

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin