Asas | Support & Resistance

1,410

Support dan resistance atau dikenali sebagai SnR yang merupakan terma yang selalu digunakan dalam trading. SnR adalah perkara asas yang semua trader tahu. Manakala newbie trader, anda perlu hadam dan ingat ayat ini

“ Buy at support , Sell at Resistance”

Support dan Resistance digunakan untuk menentukan paras harga sesuatu saham sama ada berpotensi untuk meneruskan aliran naik atau menurun.

Apa itu Support dan Resistance?

Support iaitu sokongan yang merujuk kepada paras harga atau garisan harga yang sukar untuk ditembusi oleh pasaran ketika sedang menurun. Dalam bahasa mudahnya, Support adalah harga yang berada di bawah daripada garisan semasa. Support dalam bahasa melayu dikenali sebagai lantai atau sokongan. 

Support merupakan suatu tahap harga di mana pada tahap itu disebut sebagai demand yang cukup besar untuk menahan turunnya harga. Pada tahap ini, harga cenderung untuk berhenti bergerak dari terus turun dan kemungkinan besar akan naik lagi. Kenapa ia dipanggil lantai/support adalah kerana tahap yang akan menahan pergerakkan harga daripada turun.

Resistance ialah paras atau garisan harga yang sangat sukar untuk pasaran yang sedang menaik menembusinya. Resistance adalah harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa. Resistance juga merupakan suatu tahap harga di mana pada tahap tersebut, supply yang cukup besar untuk menghentikan naiknya harga yang mana supply lebih besar daripada demand. Pada tahap ini, harga cenderung berhenti bergerak naik dan kemungkinan besar akan turun lagi. Kenapa ia dipanggil siling/resistance, ini kerana resistance adalah tahap yang akan menahan pergerakkan naik.

Jika saham berjaya menembusi resistance level, ia dipanggil sebagai breakout, yang mana harga akan naik hingga membentuk resistance yang baru sebelum membuat retracement iaitu pembetulan semula.

Sebagai contoh lihat pada gamba di bawah.

Berminat nak jadi trader?

Jomm jadi trader yang luar biasa.

Yang sentiasa berani rebut peluang dan bijak memburu saham-saham hebat di pasaran bursa mahupun global.

Jom dengarkan tips ini supaya anda boleh jadikan panduan untuk menjadi seorang trader yg berjaya.

Layari www.goldensop.com  untuk pelajari saham secara PERCUMA.

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin