Hujung Bulan Duit Gaji Asyik Bocor? Amalkan Formula 30/10…
Hye SuperScalpers!
Tahukah Anda??
Sering kali kita meluangkan masa untuk berkerja bagi mencetak duit, TETAPI KITA LUPA meluangkan masa untuk menguruskan duit…
Betut ke betul sangat???
Ramai disini mempunyai masalah untuk urus duit gaji dengan baik malah tak tahu cara betul nak buat pembahagian duit gaji…
Jika anda sering kehabisan duit gaji sebelum dapat duit gaji bulan depan, ya, memang sah anda mempunyai masalah ini…
Betul kan?
Sebenarnya, matlamat utama untuk urus duit gaji adalah supaya perbelanjaan yang dilakukan tidak melebihi pendapatan yang diperoleh.
Jadi Kenapa penting untuk pastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan?
Sebab yang pertama ialah untuk mengelak daripada membuat hutang-hutang jahat semata-mata kerana ingin menampung keinginan perbelanjaan yang tinggi.
Hutang-hutang jahat seperti kad kredit dan pembiayaan peribadi, kesan jangka masa pendek memanglah menyeronokkan kerana dapat berbelanja kepada perkara-perkara yang diingini walaupun pendapatan tidak mencukupi.
Tetapi, untuk jangka masa panjang, hutang-hutang jahat ini boleh memberi kesan yang memudaratkan kepada kedudukan kewangan seseorang.
Boleh juga menjadi punca bermasam muka dengan orang lain sekiranya hutang-hutang tadi dibuat dengan rakan atau ahli keluarga, tetapi tidak membayarnya sepertimana dijanjikan.
Sebab yang kedua pula adalah supaya dapat mencipta aliran tunai positif, iaitu pendapatan > simpanan + perbelanjaan.
Apabila aliran tunai adalah positif, maka ada sejumlah duit gaji dapat disimpan untuk membina dana rizab dan dana kecemasan.
Selepas dibina kedua-dua dana tesebut, lebihan simpanan boleh digunakan untuk pelaburan supaya dapat mengukuhkan lagi kedudukan kewangan diri-sendiri.
Jadi, bagaimana caranya untuk urus duit gaji dengan baik?
Nak uruskan duit gaji tidaklah sesukar mana, yang penting kita kenal pasti terlebih dahulu apakah perbelanjaan-perbelanjaan yang akan dilakukan dengan duit gaji tersebut.
Contohnya, nak gunakan duit gaji untuk pembayaran hutang, makan minum, barang dapur, bil-bil utiliti dan lain-lain.
Kemudian, untuk setiap perkara tersebut, kita peruntukkan jumlah yang secukupnya dan kawal supaya tidak melebihi jumlah tersebut.
Kalau tak tahu berapa banyak nak peruntukkan untuk setiap perkara, boleh guna formula urus duit gaji 30/10
Jeng Jeng Jeng… Lihat di bawah
Formula urus duit gaji – Formula 30/10
Formula 30/10 melibatkan pembahagian duit gaji kepada 4 bahagian, iaitu 30%, 30%, 30% dan 10%
Contohnya, mereka yang bergaji bersih RM 2,000, maka duit tersebut dibahagikan kepada RM 600, RM 600, RM 600 dan RM 200
- Untuk 30% pertama, peruntukkan bahagian tersebut untuk kesenangan masa depan iaitu untuk simpanan, perlindungan insurans takaful dan pelaburan.
- 30% kedua pula adalah untuk hutang dan simpanan perbelanjaan. Jadi, jika ingin membuat hutang contohnya pembiayaan rumah atau kereta, pastikan jumlah hutang tersebut dihadkan kepada 30% sahaja daripada jumlah gaji.
- 30% yang ketiga pula adalah untuk semua jenis perbelanjaan lain; makan-minum, nafkah, barang dapur, keperluan peribadi, sewa, bil-bil utiliti, tol, minyak kereta dan apa-apa sahaja perbelanjaan yang dibuat setiap bulan.
- Bahagian 10% yang terakhir pula adalah untuk penyucian, iaitu untuk zakat pendapatan (jika cukup nisab), sedekah dan hadiah kepada ibu bapa.
Formula 30/10 boleh dianggap formula urus duit gaji terbaik kerana menyeimbangkan semua elemen utama pengurusan kewangan peribadi, iaitu simpanan, perbelanjaan, perlindungan, pelaburan dan penyucian.
Bagi yang baru mula kerja atau kurang komitmen, disarankan untuk mengaplikasikan terus formula ini.
Kesimpulannya, dalam mengurus duit gaji, ingatlah kepada beberapa perkara yang berikut:
- Simpan sebahagian duit gaji sebelum dibelanjakan, minimum adalah 10%, lebih banyak lebih baik
- Hidup di bawah kemampuan gaji, maksudnya jika mampu beli barang berharga RM 100, cuba cari dan dapatkan barang lain yang setara yang berharga lebih rendah daripada itu
- Kawal nafsu supaya dapat kawal belanja tidak melebihi pendapatan; gaya hidup mestilah ikut kemampuan sendiri, bukan ikut pandangan orang lain
- Setiap orang wajib buat bajet sendiri untuk pastikan formula urus duit gaji yang digunakan berjaya,
Dapat sesuatu? Jom Jadi Freedom Trader
PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper!
Penafian: Penulisan sumber dari Jom Urus Duit
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis: Farah Firoz