Asas | Bullish Harami Candlestick
Perkataan Harami berasal daripada perkataan jepun lama yang bermaksud mengandung. Bullish harami adalah candle kenaikkan dan ia adalah penunjuk carta (chart indicator) yang mencadangkan bahawa arah aliran menurun mungkin akan berakhir. Sesetengah trader mungkin akan melihat harga pada candle bullish harami sebagai petanda yang baik bahawa mereka harus memasuki kedudukan beli pada pasaran.
Penunjuk kenaikan harami (bullish harami) sebagai candlestick panjang diikuti oleh badan yang lebih kecil, dirujuk sebagai doji. Yang terkandung sepenuhnya dalam julat menegak pada badan candle sebelumnya. Untuk harami menaik muncul, badan yang lebih kecil pada doji berikutnya akan ditutup lebih tinggi dalam badan candle hari sebelumnya, menandakan kemungkinan besar pembalikan (reversal) akan berlaku.

Carta di atas menggambarkan harami kenaikkan harga. Dua candle merah pertama menunjukkan arah aliran menurun selama dua hari dalam pasaran, dan candle hijau mewakili aliran menaik sedikit pada hari ketiga yang terkandung sepenuhnya badan candle sebelumnya.
Candle Harami menaik dan menurun (Bullish and Bearish Harami) berfungsi untuk meramalkan pembalikkan (reversal) akan datang dalam arah aliran harga, analisis carta candlestick menawarkan pelbagai corak untuk meramalkan arah aliran masa hadapan.
Bullish Harami Candlestick: Keputusan Penting
Prestasi teori: Pembalikan kenaikkan
Prestasi yang diuji: Pembalikan kenaikkan 53% sepanjang masa
Kedudukan kekerapan: 25
Kedudukan prestasi keseluruhan: 38
Peratusan terbaik mencapai sasaran harga: 69% (pasaran menaik, pecahan naik)
Pergerakan purata terbaik dalam 10 hari: 4.05% (pasaran menurun, pecahan naik)
Kedudukan prestasi 10 hari terbaik: 45 (pasaran menurun, pecahan naik)
Semua kedudukan adalah daripada 103 corak candlestick dengan prestasi terbaik kedudukan 1. “Terbaik” bermaksud penarafan tertinggi daripada empat kombinasi pasaran kenaikkan/menurun, penembusan naik/turun.
TERBONGKAR AKHIRNYA
RAHSIA 71,618+ SUPERSCALPER JANA JUTAAN USD SETIAP HARI
Biar Kami Bantu dengan Ebook Teknik Hollygrail Maruwave®️ yang dikaji dan backtest selama 5 tahun
Terbukti dan telah berjaya membantu lebih 14,000 pelabur global di seluruh Malaysia!
Dapatkan sekarang di Ebook Maruwave Analysis
Penafian: Penulisan sumber dari Investopedia dan thepatternsite.com
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis : Fatin