10 Tips WAJIB anda kena tahu kalau nak saham menjadi sumber pendapatan secara KONSISTEN setiap hari! (Strategi untuk Trader Harian)

579

Trader harian adalah salah satu dari 5 strategi trade yang popular di dunia dimana pemain saham membeli dan menjual saham dalam tempoh yang singkat iaitu kurang dari satu hari. Pemain saham atau Trader akan membeli saham yang berpotensi membuat keuntungan dan menjual pada hari yang sama sebelum market menutup operasi.

Meraka yang menjadi Trader Harian mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan dari pergerakan kecil dalam pasaran. Namun, strategy ini amat bahaya bagi mereka yang baru dalam pasaran maka memerlukan strategi teknikal yang cekap untuk terus konsistan dan relevan dalam market.

Sebelum anda memulakan kerjaya sebagai Trader Harian, sila pastikan bahawa :

* Trader Harian hanya akan membuat keuntungan dalam jangka masa panjang apabila mereka mula mahir dalam pergerakan pasaran

*Trader Harian adalah satu pekerjaan,bukan hobi! Kena fokus, dan jauhi emosi dalam trading

Ini adalah 10 tips penting untuk menjadi Trader Harian yang BERJAYA!

  1. ILMU DALAM TEKNIKAL ANALISIS

ILMU adalah kunci nombor satu dalam trading! Trader kena pastikan ilmu yang ada sudah memenuhi piawaian dan sudah di backtest terbukti untuk membuat profit.  

Banyak kelas-kelas saham kini banyak menekankan hanya basic semata-mata tapi tidak memberi input yang sesuai untuk mereka yang ingin menjadi trader harian. Ilmu dalam membaca chart, candlestick, indicator, graph geometric dan lain-lain perlu ada seperti yang di ajar di www.marubozu.co .

Tanpa ilmu yang sesuai dengan strategi harian, banyak trader mengalami kerugian untuk jangkamasa pendek,sederhana dan panjang! Takut nanti dah la tak handsome pastu tak kaya plak tu.

  1. ASINGKAN DANA UNTUK MELABUR

Berapa banyak yang anda sanggung tanggung risiko kerugian! Ini wajib anda tahu supaya risiko trade anda tidak menjejaskan kewangan sehinggan anda bangkrap! Kebanyakan trader yang berjaya hanya risikokan 1%-2%  dalam acc pertrade.

Contoh anda mempunya $10,000 dalam acc trading. Dan anda sanggup risiko 1%,maka Stop loss anda mestilah $100 sahaja! (1% x$10,000)

Kena ingat,kerugian mungkin berlaku atau tidak. Tapi sediakan payung sebelum hujan! Bila Margin call, kita tidak menangis bucu katil.

  1. ASINGKAN MASA UNTUK TRADE!

Trader harian perlukan masa juga. Masa untuk membuat analisis, strategi dalam pasaran, persediaan mental emosi dan sebagainya.

Bahkan, trader kena sentiasa belajar dan ulangkaji teknik dengan backtest. Menonton Ilmu dalam beratus video teknikal analisis di www.marubozu.co ulangkaji perlu di buat almost setiap hari sekiranya anda nekad untuk menjadi Trader yang berjaya!

Anda juga di sarankan untuk berada di komuniti trader supaya perkongsian maklumat tentang trade boleh menjimatkan masa anda untuk membuat analisis. Melabur seorang diri adalah benda yang merugikan diri sendiri!

  1. MULAKAN DENGAN JUMLAH MODAL YANG KECIL!

Sekiranya anda baru kurang 5 tahun dalam trading, pastikan anda mulakan akaun trading dengan kecil dan sentiasa fokus dengan hanya satu saham sahaja atau insturumen.

Sebagai contoh. Anda boleh mula belajar untuk trade saham atau instument dengan serendah RM50 sahaja di www.goldensop.com dengan kelas PERCUMA tanpa ada bayaran dan menjana ribuan setiap hari. Ini adalah salah satu strategi untuk menjana profit setiap hari!

  1. ABAIKAN STOCK YANG MURAH!

Kalau anda jumpa Sifu yang menyuruh anda membeli saham penny/murah, sila lari jauh-jauh. Saham yang murah kebanyakan adalah saham yang tidak mempunyai liquidity dan senang untuk hilang dari pasaran.

Ramai trader harian terperangkap dengan strategy beli murah. Ingat pepatah, “you pay peanuts, you get monkeys”. Sentiasa beli saham yang kukuh untuk kita pastikan saham kita sentiasa berada dalam pasaran.

  1. WAKTU UNTUK BERDAGANG SAHAM!

Banyak trader terus masuk membeli saham sewaktu market buka yang menyebabkan market menjadi sangat volatile. Masa yang terbaik adalah menunggu selama sejam atau dua untuk market bertenang sebelum kita masuk supaya kita dapat membaca trend dengan betul dan tidak terperangkap dalam pasaran

  1. MASUK MENGGUNAKAN LIMIT ORDER.

Limit order adalah kita menentukan harga untuk masuk mengikut TA yang betul dan Stop Loss dengan mengikut money management risk yang sesuai. Untuk masuk dan keluar dalam pasaran. Kita kena pastikan tidak emosi dan kena pastikan masuk dan keluar dengan harga mengikut strategy asal

Jangan ada emosi untuk masuk atau keluar dari pasaran kerana melihat pergerakan candle!! Ingat!! jangan buat kesilapan ini.

Dalam www.marubozu.co , video tentang pengurusan trading banyak di bincangkan untuk memastikan strategi yang betul dan sesuai untuk semua bentuk instrument

  1. DUDUKLAH DI BUMI YANG NYATA TENTANG KEUNTUNGAN SAHAM!

Dalam strategy trading apa pun, adalah mustahil anda win 100%. Kebanyakan trader hanya membuat duit sekitar 50%-60% je dari jumlah trade. Namun, apabila strategy pengurusan kewangan trading yang betul, dengan keluar dari pasaran dengan kerugian kecil dan kuntungan lebih besar, maka anda untung dalam jangka masa panjang

  1. RILEX LAA BROTHER!
Top rear view of young businessman in formalwear holding hands behind head while sitting in the office

Ada masa kita akan buat duit, dan ada masa market libas kita! Jadi kena sentiasa cool! Kita kena sentiasa buang 3 benda dalam diri (TAMAK, HARAPAN dan TAKUT). Segala keputusan dalam trade mestilah berpandukan logik dan bukannya emosi!

  1. SENTIASA IKUT STRATEGI YANG DI BUAT!

Trader yang berjaya adalah sentiasa membuat keputusan yang cepat! Tapi tak pernah berfikir cepat. KENAPA?

Ini kerana mereka sudah mencipta habit dan disiplin dalam trading strategi terlebih dahulu! Mereka akan ulang formula yang sama untuk kekal dalam pasaran.Bila kita sentiasa mengikut strategi dalam pasaran, kita boleh abaikan emosi dalam trade. Best bukan?

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin