Krisis Kerajaan AS Dorong Ringgit Tembus Paras RM4.20 Sedolar !

26

Ringgit dibuka kukuh pagi ini apabila berjaya menembusi paras RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu kebimbangan pasaran terhadap krisis penutupan kerajaan di Washington yang kian menekan wang negara tersebut.

Pada 8.02 pagi tadi, ringgit berada pada 4.1980/2190 berbanding dolar AS, naik daripada 4.2050/2090 semalam.

Bernama melaporkan, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjelaskan bahawa kembimbangan terhadap potensi penutupan kerajaan AS dijangka menjadi faktor yang mengukuhkan ringgit, manakala jangkaan kadar faedah lebih hanya menambahkan tekanan mata wang negara itu.

Foto : Malaymail

“Ini mungkin menyaksikan ringgit cuba menembusi paras psikologi RM4.20 selepas ditutup meningkat 0.25 peratus semalam,” katanya kepada pihak media.

Pada masa yang sama, ringgit turut menunjukkan prestasi lebih baik berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8348/8491 daripada 2.8420/8447 semalam, naik berbanding pound Britain kepada 5.6417/6699 daripada 5.6532/6586 dan meningkat kepada 4.9251/9497 berbanding euro daripada 4.9405/9452.

Difahamkan, ringgit turut mencatatkan kenaikan berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.

Ringgit naik ke 3.2530/2695 berbanding dolar Singapura daripada 3.2604/2638 sebelumnya, mengukuh kepada 251.9/253.2 berbanding rupiah Indonesia daripada 252.3/252.6, meningkat kepada 7.21/7.25 berbanding peso Filipina daripada 7.22/7.24, dan lebih baik pada 12.9265/9963 berbanding baht Thailand daripada 12.9744/9927.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.