JOM BERKENALAN DENGAN CRYPTO!

74

Pernahkan kita dengar mata wang crypto yang terkenal tu kan? Apa benda crypto ni? Matawang kripto atau cryptocurrency berfungsi berdasarkan teknologi blockchain, yang merupakan pangkalan data terdesentralisasi yang menyimpan semua transaksi yang pernah berlaku dalam rangkaian. Apa itu blockchain? Pernah tak terfikir macam mana ia berfungsi? Jom baca dan fahami!

Blockchain adalah buku lejar awam yang merekodkan semua transaksi dalam rangkaian matawang kripto. Setiap blok dalam blockchain mengandungi beberapa transaksi dan setiap blok dihubungkan dengan blok sebelumnya, membentuk rantaian (chain). Ini memastikan integriti dan ketelusan transaksi kerana setiap perubahan perlu disahkan oleh rangkaian yang terdesentralisasi.

Tidak seperti mata wang tradisional yang dikawal oleh bank pusat atau kerajaan, matawang kripto dikawal oleh rangkaian komputer yang tersebar di seluruh dunia. Ini bermakna tiada seorang pun atau institusi boleh memanipulasi atau mengawal sepenuhnya matawang kripto.

Mata wang ini melibat proses perlombongan atau Mining. Proses perlombongan melibatkan komputer menyelesaikan masalah matematik yang kompleks untuk menambah blok baru ke dalam blockchain. Sebagai ganjaran, pelombong akan menerima matawang kripto baru. Ini bukan sahaja membantu mencipta unit matawang baru tetapi juga memastikan keselamatan dan ketulenan transaksi dalam rangkaian.

Untuk keselamatan, setiap pengguna matawang kripto mempunyai sepasang kunci iaitu kunci publik (public key) dan kunci peribadi (private key). Kunci publik berfungsi seperti nombor akaun bank yang boleh dikongsi untuk menerima dana, manakala kunci peribadi adalah seperti kata laluan yang digunakan untuk mengesahkan transaksi.

Apabila seseorang ingin menghantar matawang kripto kepada orang lain, mereka akan mencipta transaksi yang mengandungi alamat penerima, jumlah yang dihantar, dan tandatangan digital yang dihasilkan oleh kunci peribadi. Transaksi ini kemudian disiarkan kepada rangkaian untuk disahkan oleh pelombong.

Pelombong dalam rangkaian akan mengesahkan transaksi dengan memastikan bahawa pengirim mempunyai dana yang mencukupi dan bahawa tandatangan digital adalah sah. Setelah transaksi disahkan, ianya akan dimasukkan ke dalam blok baru yang ditambah ke dalam blockchain.

Kerana setiap transaksi direkodkan dalam blockchain dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja, matawang kripto menawarkan tahap ketelusan yang tinggi. Selain itu, penggunaan kriptografi memastikan bahawa transaksi adalah selamat dan tidak boleh diubah setelah disahkan. Antara mata wang crypto yang terkenal seperti Bitcoin(BTC), Ethereum(ETH), Ripple(XRP), EOS dan Bitcoin Cash(BCH).

Dengan memahami bagaimana matawang kripto berfungsi, kita dapat melihat bagaimana teknologi ini menawarkan alternatif kepada sistem kewangan tradisional dengan ketelusan, keselamatan, dan desentralisasi. Dah jelas tentang crypto? Artikel seterusnya kita akan berkenalan pula dengan contoh-contoh mata wang crypto. Nantikan!


Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Muhammad Rafie

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1