Copy Trading yang hangat diperkatakan!

513

Hello traders!

Untuk content article kalini, saya akan terangkan tentang copy trading yang sering menjadi bualan ramai.

Apa tu Copy Trading?

Easy je, seperti namanya, copy trading orang lain. Copy trading ni adalah dengan menyalin pergerakan trading dari expert trader yang anda pilih untuk ditiru/diikuti. Dengan cara ni, setiap kali mereka berdagang, anda secara automatik boleh meniru/ menyalin dagangan mereka dalam akaun brokerage anda.

Sebagai contoh, katakan anda telah memilih mana mana trader untuk di ikuti, dan trader tersebut telah membeli 100 saham stock tertentu. Dari situ anda juga mengikuti dengan membeli 100 saham stock itu.  Jika mereka memperuntukkan 5% daripada portfolio mereka kepada sektor saham tertentu, anda akan melakukan perkara yang sama.

Copy trading ni ada upah ke?

Ye ada, pada hari sabtu system akan tolak ikut percent yang ditetapkan dan ia diberikan kepada trader yang kita copy tu.

Sebenarnya, copy trading ni bagus untuk kita yang tiada sebarang kemahiran teknikal dalam dunia trading ni. Paling best dapat menjimatkan masa, hanya dengan copy dari mana-mana trader yang dipercayai.

Adakah Copy trading idea yang bagus?

Copy trading adalah idea yang baik. Walaupun kebanyakan trader kehilangan wang dengan perdagangan biasa, copy trading membolehkan anda meniru dagangan seseorang yang berjaya selama bertahun-tahun. Anda juga boleh bermula dengan modal yang sedikit dan memperoleh pendapatan pasif dengan cepat.

Copy trading mencipta peluang untuk memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman pelaburan orang lain. Anda tidak perlu menganalisis pergerakan atau aliran pasaran saham untuk memutuskan saham yang hendak dibeli, dijual atau dipegang. Anda hanya perlu mengikuti pelabur profesional.

Trader mana yang kita nak ikut?

Dari segi cara memilih pelabur untuk dicontohi, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan:

  1. Berapa lama mereka telah berdagang.
  2. Rekod prestasi pelaburan.
  3. Masa pegangan biasa untuk pelaburan.
  4. Jenis pelaburan pilihan.

Anda juga harus melihat apa yang anda mahu lakukan dengan portfolio anda. Sebagai contoh, jika mencari lebih banyak pelaburan alternatif, anda boleh menyalin seseorang yang memberi tumpuan kepada dana lindung nilai, komoditi atau FOREX. Sebaliknya, jika matlamat anda adalah untuk memadankan prestasi pasaran dan bukannya mengalahkannya, anda mungkin cenderung kepada pelabur profesional yang memilih strategi indeks.

TERBONGKAR AKHIRNYA

 RAHSIA 71,618+ SUPERSCALPER  JANA JUTAAN USD SETIAP HARI 

Biar Kami Bantu dengan Ebook Teknik Hollygrail Maruwave®️ yang dikaji dan backtest selama 5 tahun

Terbukti dan telah berjaya membantu lebih 14,000 pelabur global di seluruh Malaysia!

Dapatkan sekarang di Ebook Maruwave Analysis 

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin