Biar betul boleh Profit dengan Teknik Scalping!

874

Apa khabar bakal bakal jutawan trader semua! Macam mana trade harini? Takkan Mc lagii kut.. haa jum kita belajar teknik scalping, mana tahu lepas ni popit pulak..

Perkataan scalping ni selalu kita dengar dalam bahasa bahasa trader…lagi-lagi trader otai.. scalping bermaksud anda entry market dalam masa yang singkat atau dalam kata lain mengaut keuntungan daripada perubahan harga kecil dalam harga saham. Contoh anda entry buy dekat market, selang profit beberapa minit anda close entry.

Trader yang menggunakan teknik percaya bahawa pergerakan kecil yang hanya memerlukan beberapa minit boleh mengaut keuntungan melebihi 10 hingga ratusan dollar dalam satu hari, pengguna teknik ini dikenali sebagai scalper.

Sumber image: Google

Buy pada harga rendah, sell pada harga tinggi

Anda bayangkan dengan hanya beberapa minit anda trade, consistent profit setiap entry, walaupon memperoleh keuntungan kecil jika digabungkan ia menjadi keuntungan yang besar. Lebih lagi jika strategi yang betul digunakan untuk mengelakkan kerugian besar. Scalper menggunakan kaedah buy at low, sell at high. Oleh kerana penggunaan leverage yang besar, scalping dianggap sebagai teknik yang berisiko tinggi.

Kesilapan yang sering dilakukan

Beberapa kesilapan biasa yang dilakukan oleh scalper yang boleh menyebabkan sekelip mata menjadi MC.

  • Mindset yang lemah

Untuk menjadi seorang scalper mesti faham flow dan cara untuk scalping. Bukan itu sahaja, anda harus persipkan diri anda dengan fundamental dan teknikal knowledge berkaitan trading.

Seperti membuat rumah, kalau tak ada asas, rumah akan senget sebelah…

Tetapkan niat yang betul, tepuk dada tanya hati, apakah niat sebenar anda menceburi bidang trade, sama ada sedakar ikut trend atau sekadar mencuba nasib.

  • Tiada Strategi

Entry lewat, close lewat dan terlebih trade adalah ciri ciri tarder yang tidak mempunyai strategi ia ditakrifkan seperti “ingin pergi berperang tetapi tangan kosong”. Dengan pengurusan strategi yang betul, anda dapat memanfaatkan kelebihan seperti risiko kerugian yang rendah. Penyediaan strategi yang mantap akan menghasilkan keuntungan yang luar biasa.

  • Kawalan emosi

Teknik scalping memang betul betul mencabar emosi, ini kerana masa transaksi yang pendek dan singkat. Pengawalan emosi sangat penting, jika ketegangan emosi yang terlalu tinggi, akan menyebabkan badan kita bertindak balas dengan serta merta. Teknik scalping memerlukan konsentrasi yang tinggi kerana pergerakan market yang dinamik dan pantas.

Bayangkan anda tamak, anda entry banyak layer.. mula mula profit tapi anda hold sabab rasa tamak, tiba tiba loss.. siapa yang rugi? Anda juga..

Teknik Scalping

  • Moving average

Moving average ialah indicator saham yang biasa digunakan dalam analisis teknikal. Sebab untuk mengira moving average saham adalah untuk membantu melancarkan data harga dalam tempoh masa tertentu dengan mencipta harga purata yang sentiasa dikemas kini.

  • Bollinger bands

Bollinger Bands ialah jenis chart indicator untuk analisis teknikal dan telah digunakan secara meluas oleh trader di banyak pasaran, termasuk saham, futures, dan Forex. Dicipta oleh John Bollinger pada tahun 1980-an, jalur ini menawarkan pandangan unik tentang harga dan turun naik. Malah, terdapat beberapa kegunaan untuk Bollinger Bands, seperti menentukan tahap terlebih beli dan terlebih jual, sebagai alat mengikuti trend, dan untuk memantau untuk breakout.

  • Stochastic

Stochastic oscillator ialah indicator momentum yang membandingkan harga penutupan tertentu sekuriti dengan julat harga dalam tempoh masa tertentu. Kepekaan oscillator kepada pergerakan market boleh dikurangkan dengan melaraskan tempoh masa itu atau dengan mengambil hasil moving average. Ia digunakan untuk menjana trading signal jika terlebih beli dan terlebih jua.

Kesimpulan

Scalping menjana komisen yang besar kerana bilangan urus niaga yang tinggi. Struktur harga komisen setiap saham bermanfaat kepada scalper, terutamanya bagi mereka yang cenderung untuk menskalakan bahagian yang lebih kecil masuk dan keluar dari kedudukan. Dengan menjauhi kesilapan kesilapan yang sering seorang trader lakukan, anda boleh mengaut keuntungan lebih besar dari biasa.

Berminat nak jadi scalper?

Jomm jadi scalper yang luar biasa.

Yang sentiasa berani rebut peluang dan bijak memburu saham-saham hebat di pasaran bursa mahupun global.

Jom dengarkan tips ini supaya anda boleh jadikan panduan untuk menjadi seorang scalper yg berjaya.

Layari www.goldensop.com  untuk pelajari saham secara PERCUMA.

Penafian: Penulisan sumber dari Investopedia

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin