Apa itu NFP dalam dunia trading?

527

Selalu je kita dengar orang kata, jangan trade masa news NFP, nanti MC lah, hit SL lah dan macam macam lagi. Apabila trade forex ni, memang news pasal NFP yang paling popular. Tapi korang tahu ke NFP tu apa?

Apa itu NFP?

NFP adalah singkatan dari Non-farm Payrolls, yang menunjukkan ukuran bilangan pekerja di A.S. tidak termasuk pekerja ladang dan pekerja dalam beberapa klasifikasi pekerjaan lain. Ini diukur oleh Biro Statistik Buruh (BLS), yang meninjau entiti swasta dan kerajaan di seluruh A.S. tentang senarai gaji mereka. BLS melaporkan nombor Non-farm Payrolls kepada orang ramai setiap bulan melalui laporan “Situasi Pekerjaan”. Selain pekerja ladang, data senarai gaji bukan ladang juga mengecualikan beberapa pekerja kerajaan, isi rumah persendirian, pemilik dan pekerja bukan untung.

News NFP akan dikeluarkan pada setiap hari jumaat pertama setiap bulan. Amat jarang dikeluarkan pada hari lain kecuali US ada cuti atau peristiwa penting pada hari sepatutnya news NFP akan keluar, sama ada dipercepatkan atau tunda sedikit ke tarikh lain.

Menurut Biro Statistik Buruh (BLS), klasifikasi pekerja bukan ladang menyumbang kira-kira 80% daripada sektor perniagaan A.S. yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Ia memberi impak yang besar kepda ekonomi US dan yang paling ditunggu oleh semua trader di seluruh dunia.

Sumber: Google image

Tips Trade dengan NFP

NFP sangat memberi pengaruh dalam pertukaran nilai mata wang USD. Dengan kesempatan ini lah anda kena manfaatkan untuk memperoleh keuntungan dengan trade.

Perkara penting yang harus anda perhatikan semasa trade NFP adalah kesabaran dalam mengawasi pasaran untuk collect info tanpa terburu-buru dan entry pada trend sepatutnya. Period volatile terbesar adalah 30 minit yang pertama setelah keluar news NFP. Terus menerus mengawasi indicator teknikal.

Ingat! Pasaran kerap berubah-ubah, pada saat tersebut, perhatikan trend dengan berhti-hati dan entry market pada waktu yang sesuai dengan suasana maket, bagi mengelakkan anda entry bercanggah dengan trendlines.

Persiapkan diri anda!

NFP adalah peluang untuk para para trader bagi menghasilkan profit semasa pasaran bergejolak. Semasa news NFP, banyak faktor yang terlibat dengan masa dan action. Sebaiknya mempersiapkan diri anda dengan pelbagai kemungkinan. Belajar pelbagai ilmu seperti teknikal analisis dan fundamental analisis supaya anda tidak kecundang jika mengahadapi pelbagai news.

Bahkan, anda boleh belajar dengan mudah secara online dengan kos yang murah! Beratus video dan beribu jam untuk anda belajar untuk semua intrument dengan mendaftar di www.marubozu.co. kenapa perlu bayar beribu dengan harga yang jauh lebih murah dengan ilmu lebih padu!

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin