AirAsia X Rasmi Tukar Nama Bermula 19 Januari Ini!

57

Tan Sri Tony Fernandes memaklumkan melalui LinkedIn bahawa AirAsia X akan dijenamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai entiti baharu pada 19 Januari. Pada tarikh sama, Capital A Bhd turut dijangka menghantar permohonan untuk keluar daripada status PN17, manakala perbicaraan mahkamah terakhir berkaitan perkara itu ditetapkan pada 21 Januari.

Foto : Newsroom air asia

“AirAsia akan menjadi satu kumpulan syarikat penerbangan dan satu jenama. Kami akan menggabungkan AirAsia X dan AirAsia sebagai satu kumpulan syarikat penerbangan dengan matlamat untuk berkembang di peringkat global.

“Dengan hab kami yang mengujakan di Bahrain, kami akan mewujudkan edisi tambang rendah di Emiriah Arab Bersatu dan Qatar serta meliputi semua benua,” katanya.

Menurut Fernandes, syarikat kini dalam fasa memuktamadkan tempahan pesawat, langkah yang dijangka dapat menambah baik perancangan armada serta mengurangkan kos sekali gus meningkatkan margin.

Dalam pada itu, Capital A menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa penstrukturan semula yang hampir selesai akan membolehkan kumpulan tersebut memperkukuh hubungan dengan pelabur dan penganalisis.

“Kumpulan bercadang untuk memulakan siri jelajah pelabur domestik dan antarabangsa dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk menyampaikan visi pasca penstrukturan semula berpacukan lima perniagaan teras — penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, logistik, agensi pelancongan dalam talian, makanan dan minuman serta penjenamaan,” jelasnya.

Capital A merancang mengadakan Hari Pelabur selepas suku keempat, apabila prestasi 2025 dapat ditunjukkan melalui keputusan belum di audit.
Syarikat berkata langkah tersebut akan membantu menjelaskan segmen perniagaan, keutamaan kewangan dan strategi nilai jangka panjang kepada pelabur.

Sumber : Harian Metro

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.