Harga Rokok BAT Malaysia Naik Bermula Jumaat Ini

15

British American Tobacco (BAT Malaysia) memaklumkan bahawa semua produk komersial keluaran mereka akan mengalami perubahan harga mulai Jumaat, 21 November 2025.

Memetik laporan Berita Harian, syarikat berkenaan berkata, pelarasan harga tersebut adalah reaksi kepada pengumuman kenaikan duti eksais rokok dalam Belanjawan 2026.

Foto : Google

Syarikat berkenaan turut menyebut bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meneliti dan meluluskan harga runcit baharu tersebut.

BAT Malaysia turut menyenaraikan harga baharu bagi jenama-jenama popularnya, termasuk Benson & Hedges pada RM18.40, Dunhill RM18.20, Peter Stuyvesant RM16.70, KYO RM14.00, Rothmans RM12.90 dan Luckies RM12.40.

Menurut pihak industri, kenaikan harga tersebut merupakan reaksi terus kepada struktur cukai baharu yang ditetapkan kerajaan untuk tahun hadapan.

Sumber : Berita Harian

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.