7 Tips Bijak Pelaburan dan Kewangan

37

Jika kita mengambil kira time value of money dan kadar inflasi, kita tertanya-tanya mengapa simpanan kita sentiasa tak cukup selepas perancangan awal dibuat? Pada asasnya wang kita masih jumlah yang sama, yang berkurang hanyalah nilainya.

Tahu tak, kadar faedah tahunan yang ditawarkan oleh bank adalah lebih rendah dari kadar inflasi tahunan? Maka, menyimpan di bank sebenarnya tidak dapat mengatasi masalah ini melainkan hanya dengan membuat pelaburan. Namun tidak semudah itu! Tanpa pengetahuan yang jelas, pelaburan akan lebih berisiko tinggi dan merugikan anda.

Jom admin kongsikan 7 tips pelaburan bijak.

  1. Kenalpasti dengan jelas jenis pelaburan yang terdapat di pasaran. Pelaburan dalam pasaran modal seperti saham, niaga hadapan, unit amanah, bon ataupun dalam pasaran bukan modal seperti insurans, hartanah dan sebagainya.
  2. Ketahui matlamat sebenar pelaburan yang bakal anda lakukan. Adakah ia bersifat jangka pendek atau pun sebaliknya.
  3. Tetapkan matlamat pelaburan iaitu sasaran keuntungan yang anda inginkan dan highlightkan juga risiko yang bakal anda hadapi. Pada dasarnya, pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, risikonya juga tinggi, sebagai contoh melabur dalam bursa saham.
  4. Fahamkan secukupnya tentang pelaburan dan buat kajian terperinci tentang produk yang bakal anda pilih sebelum melabur. Jangan sesekali melabur berlandaskan naluri tanpa merujuk kepada apa-apa maklumat terlebih dahulu.
  5. Cuba untuk fokus kepada matlamat pelaburan jangka panjang kerana ia lebih berkesan berbanding pelaburan jangka pendek yang lebih terpengaruh dengan apungan pasaran yang tidak menentu.
  6. Praktikkan konsep melabur secara pemurataan kos ringgit (dollar cost averaging). Konsep pelaburan ini membolehkan anda mendapat manfaat dari ketidaktentuan pasaran memandangkan pelaburan yang dibuat adalah bersifat konsisten, bukannya melabur sekali untuk satu jumlah tertentu pada satu masa sahaja.
  7. Fokus pada matlamat pelaburan anda dan elakkan daripada dipengaruhi khabar angin. Elakkan juga diri anda dari tertipu oleh produk pelaburan palsu seperti skim cepat kaya dan sebagainya.

Secara dasarnya, sekiranya kita hendak berbincang mengenai wang, maka perkara ini mungkin tiada penamatnya. Pada pandangan saya, perkara yang paling utama yang harus ditekankan dalam diri setiap individu ialah disiplin. Haikatnya, tahap disiplin yang rendah dan goyah dalam amalan pengurusan kewangan peribadi yang menjadi punca utama kepada ketidakmampuan diri untuk mengawal simpanan.

Penafian: Sumber daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis : Muhammad Rafie

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper

https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1