Ramai yang masih keliru antara XAUUSD dan XAUMYR ketika membuat analisis harga emas.
Hakikatnya, pola kedua-dua graf ini tidak sama kerana ia melibatkan dua mata wang yang berbeza, iaitu Dolar Amerika Syarikat (USD) dan Ringgit Malaysia (MYR).
Pakar teknikal analisis (TA), Asyraf Arsad (AA) berkata, sejak tahun 2002, Ringgit Malaysia (MYR) menunjukkan trend penyusutan nilai berbanding emas, dan perkara ini jdapat dilihat melalui graf XAUMYR.

Menariknya, pada Mac 2023, graf XAUMYR telah mencatat paras tertinggi sepanjang masa atau All Time High (ATH), sedangkan XAUUSD ketika itu masih belum mencapai tahap tersebut.
“Situasi ini secara rasional menunjukkan bahawa emas semakin kukuh berbanding Ringgit.
“Berbeza dengan perdagangan digital, bagi pelaburan emas fizikal, analisis yang lebih tepat lazimnya dilakukan berdasarkan graf XAUMYR,” kata AA.
Hal ini kerana XAUMYR menggambarkan nilai emas dalam Ringgit Malaysia, sekali gus lebih relevan dengan harga pasaran tempatan.
Tambah AA, XAU merujuk kepada emas, manakala kod mata wang di belakangnya (seperti USD atau MYR) menunjukkan penilaian harga emas dalam mata wang tersebut. Oleh itu, XAU tidak dikategorikan sebagai forex, sebaliknya tergolong dalam kumpulan komoditi.
“Bagi pelaburan emas fizikal, graf XAUMYR dianggap sebagai rujukan utama yang lebih tepat, manakala XAUUSD boleh dijadikan penanda aras atau peer reference bagi tujuan pengesahan arah trend pasaran,” ujarnya lagi.
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.