Usaha Kerajaan Berhasil, Malaysia Catat Lonjakan Dalam Keterangkuman Kewangan

89

Laporan terbaharu Indeks Keterangkuman Kewangan Global oleh Principal bersama Centre for Economics and Business Research (Cebr) menunjukkan bahawa tahap keterangkuman kewangan di Malaysia mencatat peningkatan ketara secara keseluruhan.

Memetik laporan Astro Awani, Principal menjelaskan bahawa peningkatan tersebut didorong oleh pelbagai usaha kerajaan seperti pelaksanaan program literasi kewangan, perluasan perkhidmatan kewangan digital, serta bantuan yang diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kumpulan berpendapatan rendah.

Foto : Google

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia, Munirah Khairuddin menyatakan bahawa kejayaan ini menunjukkan usaha berterusan negara dalam membina ekosistem kewangan yang lebih inklusif dan lestari.

“Malaysia menunjukkan prestasi kukuh dalam aspek sokongan dasar dan infrastruktur kewangan, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan yang relevan,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Beliau juga menegaskan bahawa keterangkuman kewangan memainkan peranan penting bukan sahaja dalam memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga sebagai tunjang kepada kestabilan sosial dan kemajuan negara secara keseluruhan.

Selain itu, laporan berkenaan turut menggariskan keperluan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta bagi memperkukuh keterangkuman kewangan, khususnya dalam mendepani ketidaktentuan pasaran dan cabaran ekonomi global.

Sumber : Astro Awani

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.