Tunku Aminah Dilantik Pengerusi U-Mobile , Pegangan Saham Kini Lebih 50%
Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim kini secara rasmi menyandang jawatan sebagai Pengerusi baharu U Mobile Sdn Bhd bermula 13 Mac 2026.
Pelantikan tersebut dibuat selepas Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun melepaskan jawatannya sebagai pengerusi, berkuat kuasa pada akhir waktu operasi perniagaan pada 12 Mac 2026.
Dalam masa yang sama, U Mobile memaklumkan bahawa Vincent akan terus bersama syarikat dengan memegang peranan sebagai pengasas dan penasihat kepada lembaga pengarah, bagi memberi panduan serta menyokong hala tuju pertumbuhan syarikat.

Menurut beliau, rombakan dalam kepimpinan tertinggi U Mobile ini menunjukkan kesungguhan syarikat dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur digital yang lebih stabil, berskala besar dan mampu dilaksanakan mengikut perancangan masa yang ditetapkan.
“Fokus kami adalah untuk memperkukuh tadbir urus serta sokongan pembiayaan jangka panjang, supaya pasukan pengurusan dapat mempercepatkan pelaksanaan dan memenuhi jangkaan liputan yang ditetapkan bagi rangkaian Kedua Generasi Kelima (5G) negara.
“Saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa U Mobile telah menunjukkan kemajuan yang baik dan berada di hadapan jadual pelaksanaan,” katanya.
Menurut beliau, Tunku Aminah memiliki pengalaman yang kukuh dalam aspek kepimpinan dan tadbir urus, hasil penglibatannya mengetuai pelbagai organisasi swasta merentasi sektor industri, selain pernah menganggotai lembaga pengarah bagi beberapa syarikat tersenarai awam serta entiti swasta.
Pelantikan tersebut berlaku seiring dengan langkah Mawar Setia Sdn Bhd yang kini memegang lebih 50 peratus ekuiti dalam U Mobile, susulan pemuktamadan urus niaga penjualan saham bersama Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd (STT).
Untuk rekod, Mawar Setia merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan tempatan yang ditubuhkan oleh Tan bersama Tunku Aminah.
Sumber : Malaysia Gazette
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.