Tular Di Media Sosial, MOF Tegas ‘Bantuan Ramadan RM500’ Adalah Palsu!

7

Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan berhubung kewujudan permohonan bagi Bantuan Ramadan serta Tuntutan Kredit E-Tunai yang kini tersebar luas di media sosial.

Dalam satu kenyataan di Facebook yang turut dimuat naik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, MOF menjelaskan bahawa poster memaparkan tawaran “Bantuan Ramadan RM500 secara one-off” bersama imej Perdana Menteri adalah tidak sah dan direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Foto : FB Kementerian Kewangan

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak klik pautan meragukan, tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber tidak sah dan sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi MOF,” jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu, masyarakat dinasihatkan agar menyemak sebarang pengumuman hanya melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan, termasuk laman sesawang rasminya di www.mof.gov.my serta akaun media sosial yang disahkan.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.