Trend bankrapkan diri meningkat 200 peratus

208

PUTRAJAYA: Trend membankrapkan diri sendiri mencatatkan peningkatan membimbangkan sekali gus memberikan petanda bahawa banyak individu sedang bergelut dengan masalah kewangan yang serius.

Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak memilih untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah bankrap atau muflis melalui kaedah petisyen penghutang dikemukakan sendiri di mahkamah bagi melindungi diri daripada tuntutan pemiutang yang berlebihan.


Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak memilih untuk mengisytiharkan bankrap atau muflis melalui kaedah petisyen penghutang dikemukakan sendiri di mahkamah bagi melindungi diri daripada tuntutan pemiutang yang berlebihan.

Meluahkan kebimbangan terhadap trend itu, Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk M Bakri Abd Majid, berkata jumlah kes membankrapkan diri sendiri meningkat hingga 200 peratus iaitu 330 kes pada 2024 berbanding 181 kes pada 2023 dan 116 kes pada 2022.

“Mungkin peminjam tidak mahu bayar hutang dan dia bankrapkan diri sendiri contohnya sekarang bulanan hutang perlu dibayar RM2,000 sebulan tetapi selepas bankrap mungkin dia harapkan perlu bayar RM200 sahaja sebulan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, Jabatan Insolvensi (MDI) memandang serius trend itu dan sedang meneliti kaedah pelaksanaan Petisyen Penghutang yang ketika ini tidak mempunyai nilai ambang tertentu berbanding kaedah Petisyen Pemiutang.

“Melalui Petisyen Penghutang, peminjam pergi dapatkan perintah mahkamah untuk bankrapkan diri dan ia tidak ada nilai ambang, cuma mereka perlu isi dokumen dan lakukan bayaran deposit.

M Bakri berkata, Dasar Peluang Kedua diperkenalkan kerajaan untuk membela nasib rakyat supaya dapat dilepaskan daripada kebankrapan juga berkemungkinan dieksploitasi sekiranya trend membankrapkan diri sendiri tidak dikawal.

Dasar Peluang Kedua adalah inisiatif kerajaan MADANI membela nasib rakyat dengan jumlah hutang berskala kecil untuk dilepaskan daripada kebankrapan melalui syarat-syarat tertentu.

M Bakri berkata, sebanyak 176,851 pelepasan kes kebankrapan dilaksanakan melalui Dasar Peluang Kedua bagi tempoh Mac 2023 hingga Disember 2024, melangkaui sasaran ditetapkan 130,000 orang.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memperluas Dasar Peluang Kedua kepada syarikat-syarikat yang telah mengalami kebankrapan. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Penafian: Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja Berminat nak join Kelas Teknikal Analisis?

Daftar sekarang di pro.superscalper.com