Apa Itu Pelaburan Dan Kenapa Ianya Penting?
Secara amnya, pelaburan merupakan aktiviti yang melibatkan pembelian yang memberikan pendapatan, keuntungan modal, atau keduanya, apakah itu aset yang bersifat nyata atau aset kewangan. Pelaburan juga didefinasikan sebagai komitmen kewangan untuk jangka waktu yang tertentu, yang bertujuan untuk menghasilkan keuntungan di masa depan.
Definisi ini merangkumi semua jenis pelaburan, sama ada pelaburan perusahaan atau pelaburan individu dalam senarai-senarai saham, bon dan juga komoditi, iaitu para pelabur memperdagangkan sejumlah wang tetap (current value) dan pada masa hadapan, wang itu akan lebih daripada jumlah nilai pelaburan yang dilakukan awalnya.
Selain itu, pelaburan adalah alat bukan sahaja untuk menjana pendapatan, tetapi juga untuk mengumpul keuntungan dan kekayaan. Dalam proses pengurusan kewangan, pelaburan adalah alat penting untuk memastikan matlamat kewangan individu tercapai.
“Jumlah wang yang dilaburkan dalam sesebuah urusniaga ” atau “ sesuatu yang dibeli dengan harapan menggandakan keuntungan yang berlipat kali ganda”
Aliran tunai yang ditukarkan dengan suatu aset dengan jangkaan bahawa aset tersebut akan menghasilkan pendapatan tetap di masa depan atau bahawa nilai aset itu sendiri akan meningkat, seperti jumlah pendapatan yang akan meningkatkan nilai akhir aset tersebut.
Selain itu, pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah bentuk pelaburan yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). PNB terkenal dengan struktur pelaburannya yang tersusun. ASNB sangat popular di kalangan bumiputera kerana mereka menawarkannya kepada bumiputera untuk membantu golongan bumiputera mendapatkan keuntungan daripada simpanan dan pelaburan mereka.
Menurut penelitian, terdapat beberapa skim pelaburan yang ditawarkan kepada mereka yang bukan dari kalangan bumiputera. Pulangan daripada pelaburan ini kebiasaannya konsisten. Akan tetapi, jumlah pulangan yang akan diterima oleh pelabur bergantung pada keadaan ekonomi semasa pada tahun tesebut.
Tambahan pula, terdapat pelbagai jenis pelaburan di Malaysia selain dari pelaburan ASNB, antaranya ialah pelaburan saham, emas, Forex trading, bitcoin, hartanah, bon, ETF (Exchange Traded Fund), Unit Trust, Tabung Haji dan lain-lain.
Kepentingan Pelaburan
Pelabur digalakkan untuk mula melabur di usia yang muda. Hal ini kerana, rata-rata di antara mereka mempunyai kecenderungan untuk melabur bagi mengembangkan kekayaan mereka, menjadikan diri mereka seseorang yang bebas dari hutang atau jauh dari hutang dan ada juga diantara mereka yang ingin mengumpulkan untuk digunakan setelah bersara.
Di sini, akan dikupas lebih lanjut akan kepentingan melabur atau sebab mengapa kita harus mula melabur.
ia adalah bertujuan untuk menangani kenaikan inflasi.
Apakah itu inflasi?
Inflasi adalah kenaikan harga barang-barang yang terjadi ketika kuasa membeli meningkat.
Selain itu, inflasi ialah kenaikan tingkat harga keseluruhan barang dan perkhidmatan yang berlaku secara penuh dan berlanjutan. Disebabkan berlakunya inflasi, setiap tahun nilai wang yang kita pegang itu akan semakin berkurang nilainya di masa hadapan.
Seterusnya, dengan membuat pelaburan ia dapat membantu memberi kadar pulangan yang lebih baik. Dalam dunia pelaburan, meskipun ada banyak risiko yang terkait dengan setiap pelaburan, mereka dapat memberikan tingkat pulangan yang lebih baik.
“Higher risk equals higher return” (Risk-return Trade off, EconomicTime.indiatimes.com)?
Jangan jadikan sesebuah risiko itu sebagai penghalang untuk anda mula melabur.
“Risk comes from not knowing what you’re doing.”
Untuk menghindari atau mengurangkan risiko dari kehilangan wang dengan pelaburan, penting bagi anda untuk mencari pengetahuan serta mempelajari tentang proses serta teori pelaburan sebelum melakukan sebarang pelaburan. Pelbagai sumber boleh dijadikan rujukan untuk anda memahami segala teori yang serta ilmu yang berkaitan dengan pelaburan.
Selain itu, dengan membuat pelaburan dimana-mana instrumen ia dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan. Pelaburan dapat membantu anda menghasilkan “side-income” melalui hasil dari pendapat pasif.
Di samping itu, dengan membuat pelaburan ini, ia juga menjadi salah satu faktor untuk pulangan faedah berganda atau lebih dikenali sebagai “compounding interest”. Dikenali sebagai faedah berganda di dalam Bahasa Malaysia, apabila anda melaburkan kembali keuntungan yang diperoleh dari pelaburan asal, ini akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi atas pelaburan anda untuk tempoh seterusnya.
Dalam pelaburan ini, anda menggunakan elemen ‘masa’ sebagai penggerak utama yang bekerja bagi anda bagi menghasilkan pulangan faedah yang lebih besar. Jika wang anda memperoleh kadar pulangan yang lebih tinggi daripada akaun simpanan dalam jangka masa yang panjang, anda akan memperoleh lebih banyak wang serta perolehnya dengan lebih cepat.
Tuntasnya, untuk memenuhi tujuan kita, kita perlu membuat pelaburan di masa depan kita. Membuat pelaburan lebih awal akan memberi anda lebih banyak keuntungan di masa depan. Oleh itu, amalan melabur amatlah wajar diterapkan dan dipupuk di dalam diri dan juga masyarakat untuk kehidupan akan datang yang lebih terjamin.
Jangan sudah terhantuk baru tengadah, kerana kita sendiri tidak dapat menjangka mahupun meramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Adalah lebih baik kita membuat persediaan dengan lebih awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Sumber: Majalahlabur
Penafian: Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja Berminat nak join Kelas Teknikal Analisis?
Daftar sekarang di ultimate.superscalper.com