Pakar analisis terkenal (TA), AA Superscalper (Asyraf Arsad) berkongsi beberapa nasihat ringkas dan padat buat individu yang mahu berjinak-jinak dalam dunia trading.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook, AA menekankan bahawa langkah pertama untuk trader baharu ialah belajar dan berlatih menggunakan akaun demo. Jelasnya, masih banyak perkara perlu difahami terlebih dahulu sebelum melibatkan modal yang sebenar.

“Yang paling penting dalam TA ni..kenal pasti trend. Tak kira pakai teknik apapun, kena pandai tahu uptrend, downtrend, sideway atau reversal. Tengok guna 2 higher TF. Contoh, kalau trade 1 minit, monitor kat 15m tf,” jelasnya.
Selain itu, AA turut menekankan kepentingan menunggu setup yang betul. Antara strategi yang biasa digunakan termasuk Buy on Breakout (BOB), Buy on Dip (BOD), Sell on Breakout (SOB) dan Sell on Top (SOT). Hal ini kerana, entry yang terburu-buru tanpa setup kukuh hanya akan meningkatkan risiko kerugian .
Bukan itu sahaja, pengesahan melalui indikator seperti rejection candlestick, RSI cross 50, divergence atau golden/deadly crossover turut dianggap penting dalam menentukan keputusan dagangan.
Dalam pada itu, beliau turut menambah, cabaran terbesar seorang trader adalah mengawal emosi, sementara kejayaan bergantung pada ilmu, praktis dan disiplin, bukan broker atau skim cepat kaya.
“Dan yang paling penting..kawal emosi. Trader kena jadi mayat. Takde perasaan dan nafsu.. nampak masuk. SL atau TP pun biar..
“End of the day, itu rezeki kita. Kita kena belajar dan praktis untuk jadi Pro. Kalau nak kaya jadi Pro Chartist..No IB,No Affiliate dan No Broker,” katanya lagi.