Seminar Battle Royale Finale 2025 : Kelas Fizikal Teknikal Analisis PERCUMA untuk Semua!

32

Trader dari semua peringkat kini berpeluang untuk menyertai Seminar Battle Royale Finale 2025, seminar terakhir bagi tahun ini yang akan berlangsung pada 20 Disember 2025 (Sabtu), bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
Apa yang menarik, seminar ini sebenarnya PERCUMA untuk semua peserta yang hadir! Tempat duduk perlu ditempah dengan bayaran RM297, tetapi jumlah ini akan dikembalikan sepenuhnya selepas seminar tertakluk kepada terma dan syarat.

Seminar kali ini akan fokus sepenuhnya pada Teknikal Analisis (TA), termasuk teknik candle, chart dan Finobacci.

Penganjur dan pakar TA, Asyraf Arsad atau lebih dikenali sebagai AA SuperScalper berkata, seminar ini sesuai untuk semua sama ada peserta tersebut sudah berpengalaman atau mereka yang baru ingin mempelajari asas TA.

Seramai 150 peserta terawal mendaftar akan menerima merchandise percuma daripada SuperScalper sebagai tanda penghargaan.

Para peserta boleh menempah slot melalui channel Telegram rasmi SuperScalper INFO dan pautan pendaftaran penuh akan dikongsi terus di dalam channel tersebut.

Dalam pada itu, penganjur turut menegaskan bahawa seminar ini hanya untuk tujuan pendidikan dan direka bagi membantu peserta meningkatkan kemahiran trading mereka sebelum memasuki tahun 2026.

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.