Selangor ‘Pecah Rekod’! Kutipan Hasil Cecah RM3 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah
Kerajaan Negeri Selangor mencipta sejarah apabila merekodkan kutipan hasil tertinggi setakat ini, mencecah RM3 bilion sepanjang tahun lalu.
Menerusi laporan Malaysiagazette, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pencapaian berkenaan menjadi antara kejayaan utama negeri itu, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam mengurus tadbir secara berhemah, stabil serta berteraskan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu Selangor turut mencatat satu lagi kejayaan apabila berjaya mengelakkan gangguan bekalan air susulan pencemaran, hasil pemantauan rapi, penguatkuasaan berterusan serta tindakan pantas yang dilaksanakan.
“Ketiga, Selangor kekal sebagai negeri dengan nilai ekonomi serta sumbangan KDNK tertinggi di Malaysia,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau malam tadi.
Dalam pada itu, Amirudin turut merakamkan penghargaan kepada penjawat awam, agensi pelaksana dan pihak berkuasa tempatan, selain seluruh rakyat Selangor yang bersama-sama menyumbang serta menjayakan pelbagai usaha pembangunan di negeri itu.
“Insya-Allah, kita akan terus bekerja untuk memperkukuh ekonomi, memastikan perkhidmatan asas terjamin, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Sumber : Malaysiagazette
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.