Sektor Penjagaan Kesihatan Dijangka Terus Melonjak Untuk Jangka Panjang !
Permintaan terhadap sektor penjagaan kesihatan dijangka terus melonjak untuk jangka panjang, hasil pertambahan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) serta faktor penuaan penduduk di Malaysia.
Memetik laporan Bernama, CIMB Securities Sdn Bhd menjelaskan, kapasiti hospital di Malaysia yang hanya menyediakan dua katil bagi setiap 1,000 penduduk, lebih rendah berbanding purata 2.5 di negara maju, menandakan ruang untuk pengembangan organik dalam tempoh akan datang.

Menerusi nota penyelidikan, firma berkenaan menegaskan IHH Healthcare kekal sebagai saham pilihan dalam sektor tersebut, disertakan saranan ‘Beli’ dan harga sasaran RM8.50.
“Keadaan itu disokong oleh asas aset IHH yang pelbagai dan memberi perlindungan terhadap cabaran landskap pengawalseliaan Malaysia yang kurang memberangsangkan,” katanya.
Setakat jam 9.56 pagi semalam, saham IHH kekal pada paras RM7.45 dengan jumlah dagangan 264,900 unit berpindah tangan.
Sumber : Bernama
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.