SCAM Paling Licik Kat TikTok! Konon Nak Sedekah, Tapi Semua Duit Masuk Poket Sendiri

6

Fenomena “Sultan Dubai” di TikTok Live pada pandangan pertama mungkin kelihatan seperti peluang rezeki terpijak.

Namun, di sebalik penampilan mewah dan gaya dermawan itu, terselindung satu taktik penipuan baharu yang kini tular dan berjaya memperdaya ramai pengguna tanpa disedari.

Baru-baru ini, ada beberapa akaun di TikTok telah menggunakan identiti ‘Sultan Dubai’ dan sering tampil dalam sesi siaran langsung dengan menggunakan latar belakang mewah, berpakaian jubah Arab, visual istana serta paparan wang bertimbun.

Mereka mendakwa kononnya ingin ‘bersedekah kepada rakyat jelata’, iaitu penonton yang menyertai live tersebut.

Ketika bersiaran langsung, individu-individu tersebut akan meminta penonton menghantar gift terlebih dahulu sebelum mereka memilih ‘akaun bertuah’ untuk menerima transfer coins dalam jumlah yang besar.

Difahamkan, paparan visual seperti notifikasi atau animasi “Transfer Successful” turut digunakan bagi menimbulkan keyakinan bahawa transaksi tersebut benar-benar berlaku. Namun hakikatnya, semua itu hanyalah helah semata-mata.

Dalam sistem TikTok, coins tidak boleh dipindahkan antara pengguna. Fungsi coins hanya terhad untuk pembelian gift, dan penerima sebenar hadiah tersebut ialah pemilik akaun yang melakukan siaran langsung, bukan penonton.

Ini bermakna setiap kali penonton menghantar gift, mereka sebenarnya memberikan wang sebenar kepada individu tersebut. Hasil yang diterima kemudian ditukar kepada diamonds sebelum dicairkan ke akaun bank peribadi.

Ringkasnya, penonton membantu scammer mengaut keuntungan, bukan menerima sedekah seperti yang dijanjikan.

Lebih licik, kebanyakan akaun “Sultan Dubai” ini merupakan akaun baharu, tidak disahkan (unverified), dan akan segera memadam komen pengguna lain yang cuba membongkarkan taktik mereka.

Ada juga yang menggunakan rakaman video atau overlay screen palsu bagi menampakkan seolah-oleh mereka memiliki baki coins yang besar di akaun TikTok.

Fenomena ini kini semakin meluas, malah banyak pengguna telah tampil berkongsi pengalaman mereka menjadi mangsa.

Oleh itu, pengguna TikTok disarankan untuk lebih berwaspada, tidak mudah terpedaya dengan janji “transfer coins”, dan segera melaporkan akaun mencurigakan di bawah kategori scam atau misleading content.

Kalau betul Sultan Dubai nak sedekah, dia takkan minta gift dulu. Sebab orang yang betul-betul kaya tak perlu minta apa-apa..dia terus bagi.

Sumber : TikTok @Pesankhusuh14

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.