SC Perkenal ‘investED for Women’ Bantu Wanita Kembali Ke Dunia Pekerjaan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenalkan inisiatif investED for Women, sebuah program khusus untuk menyokong para wanita yang ingin kembali ke dalam industri pasaran modal setelah mengambil cuti seketika daripada kerjaya.
Program ini bertujuan membekalkan peserta dengan kemahiran asas pasaran modal dan tahap kesiapsiagaan profesional yang diperlukan untuk memulakan semula kerjaya mereka.

Melalui latihan berstruktur selama dua bulan, peserta yang berjaya dipilih akan mengikuti modul yang merangkumi bimbingan mentor, latihan khusus dan sesi jaringan profesional.
Antara manfaat yang bakal diterima termasuk :
1. Latihan khusus dalam kemahiran pasaran modal, peningkatan imej profesional dan persediaan temuduga.
2. Sesi jaringan dan padanan kerja melalui acara santai seperti “brunch sessions” bersama profesional industri dan klinik padanan kerja.
3. Bimbingan peribadi bagi memperkukuh permohonan pekerjaan.
4. Pensijilan selepas tamat latihan.
5. Peluang pekerjaan yang difasilitasi selepas program.
Selain itu, peserta wanita akan menerima insentif latihan sebanyak RM2,000 setelah menamatkan program selama dua bulan tersebut.
SC menjelaskan bahawa gabungan latihan kemahiran, sokongan kerjaya dan peluang jaringan ini mampu membantu wanita kembali ke alam pekerjaan dengan lebih yakin, memperluas prospek kerjaya serta menyumbang secara bermakna kepada pembangunan industri pasaran modal negara.
Permohonan untuk program ini dibuka mulai 8 hingga 31 Oktober 2025, sekiranya berminat boleh menghantar permohonan secara dalam talian melalui laman rasmi investED https://www.invested.my/invested-for-women/
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.