Proton Saga Serba Baharu Tampil Dengan 35 Teknologi, Bersedia Dominasi Segmen-A

10

Proton Holdings Bhd (PROTON) optimis Proton Saga Serba Baharu mampu menguasai pasaran sedan segmen-A di Malaysia, didorong penawaran 35 ciri teknologi baharu yang dibangunkan menerusi platform Advanced Modular Architecture (AMA).

Keyakinan itu disuarakan Ketua Jurutera Kenderaan (VCE) AMA01, Zaidi Farouk Fauzi, yang berkata model berkenaan direka khusus bagi memenuhi keperluan dan gaya pemanduan pengguna tempatan, sekali gus dijangka terus mencatat permintaan memberangsangkan.

Foto : Ihsan Proton

“Jumlah tempahan Saga Serba Baru ini melebihi angka 40,000 unit dan kita jangka ia terus meningkat sehingga tahun depan.

“Ditambah dengan dua varian warna baharu untuk model Saga kali ini, iaitu Space Grey dan Marine Blue mampu menarik peminat kenderaan tempatan.

“Paling popular dalam senarai tempahan ialah Marine Blue,” katanya dalam sesi pandu uji ekslusif Proton Saga Serba Baharu bersama media di Belum Rainforest Resort.

Beliau berkata, permintaan pasaran kini cenderung kepada teknologi, keselesaan dan elemen premium, termasuk dalam segmen kenderaan pertama.

“Menerusi platform baharu AMA, tiga varian ditawarkan untuk model Saga kali ini iaitu Standard, Executive dan Premium yang dijana dengan enjin i-GT 1.5 baharu yang turut dipadankan transmisi 4AT (Standard dan Executive) dan CVT (Premium).

“Pemilik Saga Serba Baharu ini juga boleh rasakan ‘suntikan’ premium iaitu seakan-akan versi S70 tetapi dalam edisi ‘kompak’ pada reka bentuk model terbabit. Ia diperlihatkan pada kemasan luar lampu LED disempurnakan dengan gril bermotifkan sulaman songket,” jelasnya lagi.

Sumber : Harian Metro

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.